Tampil bak Cinderella, Amylea Azizan akui tidak pernah rasa terlalu bahagia setelah bertemu Ash

Amylea juga menyerahkan soal zuriat kepada Allah SWT

12:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga komposer, Amylea Azizan mengakui tidak pernah bermimpi untuk bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga pada usia 37 tahun.

Bahkan, Amylea yang tampil bak Cinderella dengan gaun kembang rona putih pada majlis persandingannya di Bizmilla Wedding Hall, Subang malam tadi, pasrah seandainya tidak dipertemukan jodoh sehingga ke akhir hayat.

Pasangan mempelai Ash dan Amylea selamat diijabkabulkan pada satu tarikh yang dirahsiakan tahun lalu. – Gambar Ellyna Ali/Scoop, 28 Januari, 2024

Namun, tiada siapa yang mampu menidakkan kuasa Allah dan takdir menemukannya dengan seorang anggota bomba dari Singapura, Mohammad Aqbar atau Ash, 41, lewat tahun lalu.

“Memanglah saya pengantin baru, tetapi saya pengantin tua. Rata-rata kawan-kawan semuanya sudah berkahwin dan berkeluarga, jadi sebelum ini saya menumpang kasih dengan anak mereka dan menyayangi mereka seperti anak sendiri.

“Sebelum ini memang pernah terfikir, mungkin akan ada anak sendiri, mungkin juga tidak kerana tidak berkahwin. Tapi saya tak berharap sangat. Kalau tak kahwin macam mana nak dapat anak?

“Tapi Allah temukan saya dengan suami. Dulu tak ada suami, sekarang sudah ada. Begitu juga dalam soal zuriat, saya serahkan pada takdir. Ada atau tidak, doakan supaya saya bersedia menerima dengan reda semua yang Allah tentukan untuk saya,” katanya kepada Scoop.

Sepertimana Amylea, Ash berkata, mereka hanya mampu merancang dan menyerahkan soal zuriat kepada Allah.

“Kalau Allah izinkan tentulah kami ingin memiliki cahaya mata tetapi kami serahkan kepada rezeki,” katanya.

Saat ditanya apakah keistimewaan dimiliki Ash sehingga berjaya menambat hatinya, Amylea berkata, dia tertarik dengan sifat jujur dan keikhlasan suaminya itu.

Dia juga mengakui pertemuan dengan Ash amat bermakna dalam hidupnya dan tidak pernah merasakan kebahagiaan seperti itu sepanjang hidupnya.

“Selama 18 tahun bergelumang dalam industri. Saya berjumpa dengan ramai orang, dari orang asing, dari tak berkawan hingga menjadi kawan. Tapi saya tidak pernah jumpa orang yang sangat ikhlas dan tidak ‘plastik’ seperti dia.

“Segala yang dia cakap ikhlas dari hatinya. Susah nak cari orang yang sayang saya seperti dia. Alhamdulillah saya tak pernah rasa bahagia macam saya rasakan sekarang,” katanya.

Berkongsi mengenai majlis resepsinya, Amylea berkata, persiapan untuk majlis tersebut dibuat dalam tempoh 72 jam dan agak kelam kabut berikutan dia kini sedang sibuk menyiapkan lagu serta perlu menguruskan hal keluarga.

“Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada rakan-rakan kerana mereka banyak membantu memudahkan urusan majlis pada hari ini. Sebenarnya sebelum majlis ini berlangsung, saya sibuk menyiapkan lima lagu dan sedang mengejar ‘deadline’,” katanya lagi. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related