Ramai sangat nujum pak belalang, tiada 2 kem dalam Bersatu: Peja

Beliau turut menafikan khabar angin Hamzah akan dipecat sebagai Setiausaha Agung Bersatu hari ini

11:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mendakwa wujud dua kem dalam parti itu.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan Syed Abu Hussin yang didakwa sengaja mencetuskan sensasi memandangkan wakil rakyat itu tidak pernah menghadiri mesyuarat penting Bersatu.

“Bukit Gantang dah sokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri). Lari dari pendirian parti.

“(Dia) Juga tak pernah hadir mesyuarat-mesyuarat penting kami (Bersatu). Mana dia tahu pasal ada berapa kem dalam Bersatu?” soalnya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Syed Abu Hussin pada sidang medianya baru-baru ini yang mendakwa sebahagian besar Ahli Parlimen Bersatu mahu Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk menerajui parti itu.

Menurutnya, Bersatu kini mempunyai dua kem, iaitu satu yang menyokong kepemimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan satu lagi menyokong Hamzah.

Susulan kenyataan panas itu, timbul pula khabar angin Hamzah akan dipecat sebagai Setiausaha Agung Bersatu dan kerusi tersebut akan digantikan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja menegaskan tidak berlaku sebarang pertukaran jawatan dalam kepimpinan parti itu buat masa ini.

Katanya, kuasa melantik atau menukar mana-mana pemimpin dalam Bersatu terletak di tangan Presiden parti.

“Bab lantik, tukar ini, (kuasa) prerogatif Presiden. Kami semua serahkan kepada Presiden untuk membuat keputusan.

“Tetapi, saya tidak fikir ada apa-apa perubahan hari ini. Ramai sangat nujum pak belalang,” katanya.

Tambahnya, mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam ini juga tidak akan membincangkan perkara tersebut.

“Ya, saya fikir begitu,” katanya.

Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu sudah menyatakan sokongan kepada Anwar, iaitu Syed Abu Hussin, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan terbaru,Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related