Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% tahun ini

Ringgit dijangka stabil berbanding dolar Amerika Syarikat antara RM4.50 hingga RM4.55 menjelang akhir tahun

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih baik sebanyak 4.5% tahun ini walaupun di tengah-tengah cabaran ekonomi global, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).

Ketua Pasukan Pengurusan Kekayaan Serantau (Penyelidikan serta Nasihat Pelaburan), Ramone Mikgail Kok menjangkakan pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), pelancongan yang berkembang dan perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi.

Beliau juga berkata, sektor pelancongan akan melonjak secara beransur-ansur tahun ini kerana Malaysia telah membenarkan kemasukan tanpa visa kepada rakyat China, India dan beberapa negara di Asia Barat mulai Disember tahun lepas, yang akan membantu mengurangkan kesan daripada eksport yang agak lemah.

“Ini sudah tentu akan membantu,” katanya kepada pemberita selepas Simposium Kekayaan Hong Leong Bank di sini hari ini.

Mengulas mengenai prestasi ringgit, mata wang tempatan itu dijangka stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) antara RM4.50 hingga RM4.55 menjelang akhir tahun, dipacu oleh prospek kelemahan dalam dolar AS termasuk kitaran pemotongan kadar pada 2024 oleh Rizab Persekutuan (Fed).

Prestasi ringgit dijangka stabil berbanding dolar Amerika Syarikat antara RM4.50 hingga RM4.55 menjelang akhir tahun, dipacu oleh prospek kelemahan dalam dolar AS. – Gambar Scoop, 27 Januari, 2024

Ketua dan Pakar Produk Kekayaan, Jason Liew Yik Kee berkata, ringgit yang lebih kukuh sejajar dengan trend yang sama dalam kalangan mata wang serantau serta seiring dengan potensi kebangkitan ekonomi global kedua terbesar, China dan daya tarikan penilaian sahamnya pada 2024.

“Perkara utama ialah betapa agresif Fed akan mengurangkan kadar memandangkan pasaran menetapkan harga dalam enam kali pemotongan. Mata wang Asia juga akan meningkat berbanding dolar AS kerana mereka (Fed) cuba menangani inflasi di Amerika Syarikat (AS). Jadi, mereka perlu menurunkan kadar.

“Kami mengekalkan pandangan kami ke arah pemotongan kadar AS menjelang pertengahan separuh kedua tahun ini dan pada masa yang sama pasaran akan menyaksikan kelemahan dolar AS,” katanya.

Serentak dengan itu, pertumbuhan di rantau Asia dijangka lebih baik berbanding AS kerana kuasa ekonomi itu sedang giat menurunkan pertumbuhannya.

Pada 6 petang semalam, ringgit dicatatkan lebih baik pada 4.7275/7325 berbanding dolar AS. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related