‘Jangan ada lagi langkah-langkah politik gugat Kerajaan Perpaduan’: Syahredzan

Pembangkang perlu letak tepi ego, mulakan rundingan mengenai peruntukan Ahli Parlimen

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) perlu menerima hakikat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan akan kekal mentadbir negara sehingga habis penggal ini.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan berkata, untuk itu mereka diingatkan supaya jangan ada percubaan untuk mengganggu-gugat Kerajaan Persekutuan sedia ada dengan langkah-langkah politik.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Bangi menegaskan, pembangkang perlu menjadi pembangkang yang bertanggungjawab.

“Letak tepi ego, letak tepi angan-angan mahu ambil alih kerajaan, dan mulakan rundingan dengan kerajaan mengenai peruntukan Ahli Parlimen.

“Kita pernah ada ‘precedent’ sebelum ini dengan memorandum persefahaman (MoU) di antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kalau ikut MoU tersebut, tidak perlu nyatakan sokongan kepada kerajaan secara jelaspun, hanya berjanji untuk tidak menyokong apa-apa tindakan menumbangkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syahredzan berkata, sama seperti Akta Lompat parti dahulu, rundingan yang diadakan juga boleh memasukkan sekali penggubalan akta untuk menginstitusikan peruntukan Ahli Parlimen sebagai salah satu syarat.

Ini supaya katanya, perkara itu tidak lagi terletak pada budi bicara Perdana Menteri di masa depan.

“Marilah kita sama-sama memastikan negara ini berada di landasan yang betul, sebagai kerajaan dan pembangkang,” katanya.

Beliau sebelum itu mengulas mengenai pendedahan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengenai 10 lagi Ahli Parlimen pembangkang bersedia untuk menyatakan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri.

Syed Hussin berkata, kawasan Parlimen terbabit ialah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Melaka, Kelantan dan Selangor.

Jelas beliau, daripada 10 Ahli Parlimen itu, tiga daripada mereka masih diberikan masa dan kebebasan untuk menyatakan sokongan pada bila-bila masa mereka mahu berbuat demikian. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related