Wakil rakyat perlu ada tanggungjawab moral pilih satu skim pencen

Anwar berkata ia bagi membantu mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

2:35 PM MYT

 

AMPANG – Ahli politik yang memegang lebih daripada satu portfolio atau jawatan dalam kerajaan perlu ada tanggungjawab moral dengan hanya mengambil satu skim pencen.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Walau bagaimanapun katanya, perkara itu terserah kepada mereka memutuskan sama ada perlu berbuat demikian.

“Mereka yang mendapat gaji sebagai menteri, menteri besar atau (jawatan) dalam jabatan kerajaan (dapat) tiga, empat pencen.

“Melihat keadaan ini, mereka perlu lebih bertanggungjawab secara moral dengan menolak pencen yang lain dan hanya memilih satu. Tapi mungkin itu saya serah (keputusan) kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 Zoo Negara di sini hari ini.

Kabinet sebelum ini bersetuju untuk membuat potongan gaji bulanan sebanyak 20 peratus sehingga ekonomi negara pulih.

Anwar sendiri telah menolak untuk menerima gaji sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Semalam beliau berkata, sebarang langkah memansuhkan pencen dalam kalangan penjawat awam juga terpakai membabitkan ahli-ahli politik termasuk wakil rakyat.

Malah katanya, sebarang langkah memansuhkan pencen wakil rakyat dan menteri memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, bermula 1 Februari ini, pencen akan dimansuhkan untuk semua penjawat awam baharu yang turut membabitkan pelantikan politik.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan penjawat awam di bawah skim berpencen sedia ada tidak terjejas dengan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM120 bilion untuk menampung bayaran pencen menjelang 2040 jika skim gaji baharu untuk pengambilan pegawai awam tidak diperkenalkan.

Susulan itu, beliau berkata, kerajaan akan memperkenalkan dasar pengambilan perkhidmatan awam baharu, termasuk skim pencen baharu. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related