Cadangan mansuh pencen sepatutnya sudah lama dilaksanakan, caruman KWSP langkah efektif

Pengumuman itu harus diterima baik semua pihak berkepentingan bagi menjamin kestabilan ekonomi negara

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan memansuhkan skim pencen bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan kerajaan memandangkan defisit fiskal negara yang semakin meningkat dan membimbangkan.

Bekas pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Lim Teck Ghee berkata, pengumuman tersebut harus diterima baik semua pihak berkepentingan bagi menjamin kestabilan ekonomi negara untuk tempoh jangka panjang.

“Bilangan penjawat awam semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ini akan meningkatkan lagi beban kewangan negara daripada sudut pembayaran skim pencen dan persaraan.

“Malah, jumlah kutipan cukai daripada syarikat serta orang perseorangan kini dilihat sudah tidak mampu untuk menampung kos pembayaran gaji, apatah lagi pencen penjawat awam.

“Disebabkan itu, caruman mandatori untuk penjawat awam dalam KWSP merupakan langkah yang dilihat efektif untuk menjamin kos sara hidup mereka selepas bersara,” katanya kepada Scoop.

Menurut beliau, berdasarkan data daripada Kementerian Kewangan, jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan untuk pembayaran pencen meningkat secara mendadak dalam tempoh 10 tahun lalu.

“Gabungan bayaran gaji dan pencen meningkat daripada 33.2 peratus dalam perbelanjaan mengurus kerajaan pada 2008 kepada 38.8 peratus pada 2014 dan 45.4 peratus pada 2018.

“Peningkatan mendadak ini berlaku walaupun peruntukan untuk perbelanjaan mengurus semakin meningkat iaitu sebanyak RM153 bilion pada 2008, RM220 bilion (2014) dan RM235 bilion (2018),” katanya.

Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, kumpulan terlibat harus diberikan beberapa pilihan faedah persaraan selain caruman KWSP, namun menganggap langkah pemansuhan pencen wajar bagi mengurangkan beban kewangan negara ketika ini – Gambar Bernama, 26 Januari, 2024

Sementara itu, pakar ekonomi yang juga bekas penjawat awam, Tan Sri Ramon Navaratnam turut menyambut baik cadangan tersebut, tetapi kumpulan terlibat harus diberikan beberapa pilihan faedah persaraan selain caruman KWSP.

Beliau berkata, langkah pemansuhan pencen itu wajar bagi mengurangkan beban kewangan negara ketika ini.

Bagaimanapun katanya, cadangan itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan beberapa pihak berkepentingan seperti Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD).

“Saya bersetuju dengan langkah kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan negara sebab kerajaan sudah tidak mampu lagi menampung pencen penjawat awam yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.

“Namun begitu, pada pandangan saya sewajarnya sebelum sesuatu keputusan itu dimuktamadkan, kerajaan perlu terlebih dahulu berbincang dengan beberapa pihak berkepentingan agar kedua-dua pihak (kerajaan dan persatuan pekerja) mendapat manfaat bersama,” katanya.

Malah, Ramon turut mencadangkan agar kerajaan terlebih dahulu meneliti beberapa pilihan lain selain skim pencen dan caruman KWSP dengan mengkaji kaedah digunapakai beberapa negara Komanwel.

“Bagi saya, kerajaan perlu mengkaji beberapa skim pencen yang diaplikasikan di beberapa negara Komanwel. Melaluinya kita dapat melihat sebarang kelebihan dan kekurangan bagi memberi pilihan kepada skim sedia ada.

“Selain itu, sebelum sesuatu keputusan itu dimuktamadkan, ia seharusnya mengambil kira pendapat serta diadakan perbincangan bersama wakil persatuan penjawat awam lain bagi memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada mereka,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Beliau berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi KWSP. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related