Tabung Haji nafi agih kuota haji tertentu kepada pihak swasta

TH juga menegaskan, dakwaan mereka hanya mengendalikan 11,000 jemaah tahun ini tidak benar

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan dakwaan bahawa ia mengagihkan kuota tertentu kepada pihak swasta atau Pengendali Jemaah Haji (PJH).

TH dalam kenyataan memaklumkan, kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” yang dilaksanakan sejak dari tahun 1995.

“Apabila bakal jemaah sudah terpilih di dalam kuota tahunan, mereka boleh memilih samada ingin menunaikan ibadat haji melalui TH (Muassasah) atau melalui syarikat-syarikat PJH yang telah dilesenkan oleh TH.

“Bakal Haji yang memilih syarikat PJH adalah mereka yang berkemampuan untuk membayar lebih dari kos haji bagi mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dari Muassasah,” menurut kenyataan itu.

Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, syarikat PJH membuat bayaran kepada mereka bagi setiap jemaahnya untuk perkhidmatan dan kemudahan di Tanah Suci termasuk bayaran wajib yang dikenakan oleh pihak Arab Saudi. – Gambar Lembaga Tabung Haji, 25 Januari, 2024

TH juga menegaskan, dakwaan mereka hanya mengendalikan 11,000 jemaah tahun ini tidak benar kerana majoriti jemaah haji atau sekitar 70 peratus hingga 80 peratus adalah melalui Muassasah.

Tambahnya, syarikat PJH membuat bayaran kepada TH bagi setiap jemaahnya untuk perkhidmatan dan kemudahan di Tanah Suci termasuk bayaran wajib yang dikenakan oleh pihak Arab Saudi.

TH turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita palsu yang tular di media sosial, dan bakal jemaah Haji dinasihatkan untuk merujuk kepada platform media sosial rasmi TH bagi mendapatkan maklumat yang sahih, tepat dan terkini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk dengan menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related