Che Ta akui tak tahu mengenai notis bankrap dikeluarkan mahkamah berkenaan LHDN

Menurut pelakon itu, dia sering membayar cukai pendapatan yang bernilai hampir RM50,000 sebulan menerusi ejen

2:47 PM MYT

Ā 

PETALING JAYA ā€“ Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mengakui terkejut dan tidak tahu-menahu mengenai notis bankrap yang dikeluarkan mahkamah terhadapnya kerana didakwa gagal membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Che Ta, dia pernah mempunyai masalah dengan LHDN beberapa tahun lalu selepas dihalang ke luar negara.

Bagaimanapun, katanya, isu itu sudah selesai dan dia kini membayar cukai pendapatannya yang bernilai hampir RM50,000 setiap bulan.

“Saya tak tahu-menahu mengenai notis ini kerana setiap bulan saya bayar cukai kepada LHDN menerusi ejen.

ā€œEjen yang uruskan segalanya termasuklah cukai yang melibatkan syarikat saya. Saya akui cukai yang saya perlu bayar agak banyak, tetapi saya bayar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikannya.

Tambah Che Ta lagi, dia juga terkejut bagaimana notis itu boleh sampai ke tangan orang lain terlebih dahulu dan bukannya kepada tuan punya badan.

“Kalau betullah saya dikenakan notis bankrap, pasti akan sampai pada saya terlebih dahulu, bukannya orang lain,” katanya.

Ditanya adakah terdapat pihak yang sengaja mencipta kontroversi dengan membuat notis palsu, kata Che Ta, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Saya tak pernah mengata sesiapa ataupun menunjuk kekayaan saya selama ini. Saya hanya buat kerja saya,” katanya.

Che Ta juga akan berhubung dengan ejen cukainya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan notis berkenaan kepada orang ramai. – 25 Januari, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

ā€˜Very hurtfulā€™: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

ā—‰ Related