SPRM tahan 4 ahli perniagaan termasuk bekas setiausaha politik dan Datuk Seri

Semua suspek dipercayai telah menerima suapan daripada beberapa syarikat termasuk kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021

5:25 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat ahli perniagaan termasuk seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang disyaki menerima suapan daripada beberapa syarikat serta kontraktor yang telah mendapat tender di sebuah kementerian.

Tiga suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu, manakala seorang lagi direman selama tiga hari juga bermula hari ini sehingga Jumaat, selepas permohonan reman oleh SPRM dibenarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya. 

Menurut sumber, penahanan kesemua suspek dibuat selepas suspek utama yang sebelum ini bekerja sebagai setiausaha politik telah meminta dan menerima suapan bagi memastikan tender pembekalan di sebuah kementerian diperoleh pihak kontraktor.

“Keempat-empat suspek lelaki ini dipercayai telah menerima suapan daripada beberapa syarikat termasuk kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.

“Kesemua suspek ditahan sekitar pukul 7 malam hingga 8.30 malam tadi iaitu tiga di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir bagi direkodkan keterangan dan seorang lagi ditahan di sekitar Shah Alam, Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Katanya, SPRM juga berkemungkinan akan memanggil beberapa individu lain bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related