Kabinet umum RCI kaji pengendalian Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Tan Sri Zuki Ali berkata, cadangan ahli RCI akan mengambil kira komposisi pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan dan pentadbiran awam

2:45 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Zuki Ali berkata, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] yang mana cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk berkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan dan pentadbiran awam serta dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Singapura memiliki kedaulatan ke atas Batu Puteh manakala Malaysia memiliki kedaulatan ke atas Batuan Tengah.

Sementara status Tubir Selatan yang terletak lebih ke selatan akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.

Laporan media sebelum ini menyebut terdapat penemuan tiga dokumen di National Archives of the United Kingdom antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017 yang mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan ICJ berhubung Batu Puteh pada 2 Februari 2017.

Ia termasuk surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an yang memperakukan Batu Puteh tidak menjadi sebahagian daripada wilayah berdaulat Singapura dalam tempoh berkenaan.

Namun pada 11 Jun 2018, kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related