Jurnal kajian sudah disemak pakar, wajar dibincangkan secara akademik: UPM

UPM turut memandang serius dakwaan ditujukan kepada universiti berkenaan

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) menjelaskan jurnal akademik berjudul ‘The Jongs and The Galleys: Traditional Ships of The Past Malay Maritime Civilization’ yang disenaraikan di dalam pangkalan data ERA mempunyai polisi ‘blind peer reviewed, refereed journal’.

Katanya, ia bermaksud jurnal kajian terbabit sudah disemak pakar dalam bidang, yang tiada kaitan dengan penyelidik bagi mengelakkan konflik kepentingan untuk mengesahkan dapatan kajian.

“UPM mengambil maklum keprihatinan masyarakat di media massa berkenaan kekeliruan dapatan kajian ‘The Jongs and The Galleys: Traditional Ships of the Past Malay Maritime Civilization’ yang dijalankan oleh penyelidik dari UPM.

“UPM memandang serius dakwaan yang ditujukan kepada universiti. Oleh kerana penyelidikan ini bersifat akademik, UPM berpandangan adalah wajar isu itu dibincangkan dalam ruang akademik” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, harus dipertimbangkan bahawa bidang sains sosial dan kemanusiaan terbuka kepada interpretasi untuk pelbagai tafsiran yang mana ia adalah amalan baik untuk sesuatu kajian bagi tujuan penambahbaikan.

Katanya, UPM turut komited memelihara martabat pendidikan tinggi serta meneruskan integriti dalam aktiviti penyelidikan ilmiah dan penerbitan akademik.

Terdahulu, seorang sejarawan Perancis mendakwa dua ahli akademik dari UPM menampilkan fakta salah berkaitan sejarah pelayaran Melayu dan mempersoalkan kredibiliti jurnal akademik tempat ia diterbitkan.

Dalam satu catatan Facebook, Serge Jardin menamakan Rozita Che Rodi dan Hashim Musa – kedua-duanya ahli akademik dari UPM – sebagai penulis kertas berjudul ‘The Jongs and The Galleys: Traditional Ships of The Past Malay Maritime Civilization’ yang diterbitkan dalam International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, Jilid 13, Isu 11, 2023.

Jardin mendakwa imej yang digunakan dalam kertas mereka untuk menunjukkan model Jong Melayu (sejenis kapal layar yang berasal dari Jawa, Indonesia yang digunakan secara meluas oleh pelaut Jawa, Sunda, dan kemudian oleh pelaut Pegu dan Melayu) sebenarnya adalah Kapal Kargo Foochow Pole (sejenis kapal kargo) dari China.

“Ini memalukan nama ahli akademik! Malu, malu, malu, malu!” katanya dalam catatan itu.

Catatan Facebook Jardin antara lain menampilkan gambar jong yang dipertikaikan, selain menyenaraikan dua dakwaan fakta lain dalam kertas berkenaan yang didakwa dipalsukan.

Foto itu tidak menunjukkan Jong Melayu tetapi Kapal Kargo Foochow Pole dari China. Model itu tidak berada di Muzium Maritim Jakarta tetapi di Royal Museums of Greenwich, England (ID: AAE0200). Dalam muzium, semua pameran mempunyai nombor pengenalan.

Jardin turut mempersoalkan sama ada jurnal tempat ia diterbitkan boleh dipercayai dan melalui proses semakan rakan sejawat. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related