Tiada salahnya SOP pengambilan polis, cuma tambah baik pengawasan: Ayob Khan

Biarpun isu disiplin ditimbulkan beberapa pegawai dan anggota kebelakangan ini, ia tidak ada kaitan dengan SOP pengambilan polis

1:59 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak perlu ditambahbaik meskipun terdapat laporan mengenai isu disiplin dalam pasukan tersebut baru-baru ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sebaliknya, kata beliau, tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk meningkatkan pengawasan dan pemantauan bagi mengelakkan salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota, dengan ada yang membawa kepada tuduhan jenayah.

“Tiada salahnya SOP mengenai pengambilan kami. Apa yang kita ada masalah ialah penyeliaan kita (anggota polis).

“Kalau kita boleh tambah baik pengawasan kita, isu (salah laku polis) perlu dikurangkan,’’ kata Ayob pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Ayob berkata, ada pegawai atau anggota polis yang terlibat dengan salah laku sebelum ini ‘okay’ sebelum menyertai pasukan berkenaan, perkara-perkara tertentu menyebabkan mereka tersasar dari laluan yang betul

“Kebanyakan mereka (polis) okay sahaja sebelum menyertai pasukan, (namun) mungkin mereka berubah disebabkan persekitaran atau mereka tidak dapat menahan godaan dan terlibat (aktiviti jenayah).

“Apa yang penting ialah tindakan tegas dan tidak tolak ansur,’’ katanya sambil menambah tindakan telah diambil ke atas mereka yang terlibat dalam salah laku terbabit.

Beliau menambah, walaupun mereka yang terlibat adalah kecil namun imej polis telah tercemar.

“Sebagai contoh, mereka yang terlibat (salah laku) boleh jadi 2% (polis) manakala 98% adalah okay.

“Inilah sebab jika mereka didapati terlibat (aktiviti jenayah), kita tidak akan bertolak ansur, tangkap dan dakwa di mahkamah,’’ katanya. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related