Apa komen orang Perak bila Haziq Rosebi nyanyi lagu Joget Wan Lebor guna loghat ‘Peghak’, okay ke tak okay Yeop?

Haziq bagaimanapun meminta maaf terlebih dahulu jika sebutannya dalam lagu rakyat tersebut tidak betul

12:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Haziq Rosebi telah meraih perhatian pengikutnya dari negeri Perak apabila cuba membawakan lagu rakyat berjudul Joget Wan Lebor di platform media sosialnya.

Apa yang menarik, anak seni kelahiran Kluang, Johor itu telah menyampaikannya lagu rakyat popular dari negeri tersebut menggunakan loghat Perak yang cukup pekat.

Bagaimanapun, Haziq terlebih dahulu meminta maaf andai sebutan loghat Perak yang disampaikannya tidak 100 peratus betul atau agak pelik bunyinya.

“Bila orang Johor cuba loghat negeri Perak. Kelaut perginya. Maafkan teman ye,” tulisnya.

Namun, rata-rata pengikutnya dari Perak nampaknya seronok dan gembira dengan usaha Haziq untuk menbawakan lagu rakyat yang pernah dipopularkan kembali oleh salah seorang penyanyi tradisional generasi baharu, Roger Kajol.

Bahkan, Haziq sendiri telah menggunakan versi lagu Joget Wan Lebor ini daripada Roger Kajol dan telah memberikan kredit kepada penyanyi serta pemuzik tersebut.

Komen daripada salah seorang pengikutnya @dapurkakhanum: “Usaha bagus Haziq. Teman orang Peghak pior. Teman luluskan!! Ater mmg sedap sorenya”.

Kata wewoh2018 pula: “Yang penting usahanya. Tetap terhibur mendengarnya”

Ini pula komen daripada @aridzuanharim: “Lurve. Anak perak mari…”.

Sambil ketawa @ida_gold memberikan komen: “Ade le bunyinya sikit”

Sementara komen @rowausin pula: “Lain bunyi sebutannya tuh yeop”.

Apa pun, selepas Haziq mempopularkan lagu Lemak Manis yang asalnya digubah serta dinyanyikan Roslan Madun, siapa tahu lagu Joget Wan Lebor ni pulak yang akan viral? – 23 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related