‘Masyarakat India tidak setia’: Polis Bukit Aman akan rakam keterangan Dr Mahathir

Kenyataan Dr Mahathir mencetuskan ketidakpuasan hati beberapa pihak termasuk kerajaan

10:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad esok berhubung kenyataan dibuatnya yang dipercayai menyentuh isu kaum.

Peguam beliau, Mohd Rafique Rashid Ali berkata, pegawai dari Bukit Aman akan bertemu Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada jam 11 pagi.

Ia dipercayai berkaitan kenyataan pemimpin itu bahawa kaum India dan Cina Malaysia tidak mempunyai kesetiaan sepenuhnya terhadap negara ini.

Dr Mahathir menerusi temu bual bersama sebuah media dilaporkan mendakwa, masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Dakwanya, seseorang itu harus dikenali sebagai ‘orang Melayu’ untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

Malah, beliau berkata, orang India di Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, tetapi berkomunikasi dalam bahasa Tamil.

Bukan setakat itu, Dr Mahathir didakwa berkata, masalahnya adalah apabila masyarakat India dan Cina menganggap Malaysia sebagai negara sendiri, tetapi tetap mengamalkan budaya serta adat sendiri.

Kenyataan Dr Mahathir itu mencetuskan ketidakpuasan hati beberapa pihak, termasuk Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang kecewa dan membidasnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membidas dan membantah kenyataan berbaur perkauman dilontarkan Dr Mahathir bahawa kaum India tidak mempunyai kesetiaan sepenuhnya terhadap negara ini.

Perdana Menteri berkata, kata-kata Dr Mahathir itu tidak relevan dan tidak bertanggungjawab.

Malah, katanya, kenyataan itu sama sekali tidak boleh diterima terutama apabila ia dikeluarkan bekas pemimpin yang sudah lama menerajui negara. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related