Pan-gon tidak boleh ulangi kesilapan pertukaran pemain: Zainal Abidin

Keputusannya menggantikan Syamer Kutty Abba dengan Natxo Insa ketika menentang Bahrain mengubah momentum Harimau Malaya sebelum dibolosi pada minit terakhir

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan mengingatkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon supaya lebih berhati-hati ketika melakukan pertukaran pemain apabila menentang Korea Selatan pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023, Khamis ini.

Zainal berkata, ini bagi mengelak berlakunya kesilapan percaturan seperti ketika skuad negara itu menentang Bahrain, Sabtu lalu.

Katanya, semasa menentang Bahrain itu, keputusan Pan-gon membuat pertukaran menggantikan Syamer Kutty Abba dengan Natxo Insa jelas mengubah momentum pasukan negara, sekali gus membuka peluang lawan membolosi 0-1 pada minit akhir.

Justeru bekas penyerang Selangor itu berkata, kesilapan seperti itu tidak boleh diulangi Pan-gon apabila menentang pasukan negara kelahirannya bagi aksi terakhir Kumpulan E.

Keputusan Kim Pan-gon memasukkan Natxo Insa (kanan) ketika berdepan Bahrain menerima kritikan selepas pemain veteran berusia 37 tahun itu yang mempunyai minit permainan sedikit bersama kelabnya menunjukkan aksi hambar. – Gambar FAM, 22 Januari, 2024

“Mungkin Pan-gon memasukkan Insa kerana ingin mengawal keadaan, tetapi terbukti Malaysia diasak Bahrain. Jadi keputusan yang dibuat perlu diambil sebagai pengajaran kerana pasukan kita masih mentah.

“Tetapi kredit tetap harus diberi kepada Pan-gon kerana begitu lama bola sepak Malaysia kebelakang namun hanya dengan masa hampir dua tahun beliau mengubah pasukan kebangsaan,” katanya ketika ditemui Bernama di Wisma Bernama di sini semalam.

Sabtu lepas, Malaysia tumpas 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E di Stadium Jassim Bin Hamad, sekali gus tersingkir dari kempen Piala Asia 2023.

Kekalahan 0-1 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan F kelmarin menyebabkan Malaysia tersingkir awal dari Piala Asia biarpun masih ada satu perlawanan untuk diharungi. – Gambar Bernama, 22 Januari, 2024

Dalam pada itu, Zainal Abidin menyifatkan Korea Selatan sebagai pasukan tangkas dan berintensiti tinggi, justeru skuad negara perlu menampilkan disiplin tinggi selain mengelakkan melakukan kesilapan-kesilapan kecil.

“Kita bermain dengan satu pasukan yang hebat dan menunggu setiap peluang, sebab kita perlu tahu, lawan Korea Selatan, lima kesalahan kita buat, empat kita dibolosi, kita kena faham dari sekarang, disiplin amat penting, bila kita hilang bola, habis,” katanya.

Malaysia selepas ini akan melengkapkan baki saingan kumpulan menentang juara dua kali, Korea Selatan yang pasti akan turun memburu kemenangan dengan jumlah jaringan besar untuk melangkah ke pusingan kalah mati selaku juara. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related