Penjawat awam sudah diarah ikuti Program AI Untuk Rakyat bagi pertingkat ilmu teknologi

Arahan itu terkandung dalam surat edaran dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua penjawat awam sudah diarah melengkapkan pembelajaran Program Artificial Intelligence atau Kecerdasan Buatan (AI) untuk memperoleh lencana AI Aware dan AI Appreciate, bagi memastikan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi termaju meningkat.

Arahan itu dinyatakan dalam surat edaran bertajuk ‘Pelaksanaan program AI Untuk Rakyat dalam kalangan penjawat awam’ dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang dikongsikan di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Surat edaran bertarikh 17 Januari lalu itu ditujukan kepada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan Persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun Persekutuan, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

“Setiap pihak berkaitan (seperti di atas) dikehendaki melengkapkan program pembelajaran tersebut (AI) bagi memperoleh lencana ‘Al Aware’ dan ‘Al Appreciate’, sebagai langkah untuk memastikan peningkatan kesedaran penjawat awam terhadap penggunaan teknologi termaju.

“Penglibatan penjawat awam dalam program Al Untuk Rakyat ini dilihat berupaya meningkatkan pencapaian pelaksanaan inisiatif pendigitalan oleh kerajaan dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Menurutnya, program ‘Al Untuk Rakyat’ ini boleh dicapai menerusi portal Al Untuk Rakyat di pautan www.ai.gov.my.

Laporan penyertaan program itu di peringkat organisasi masing-masing, katanya, perlu dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi melalui emel [email protected].

Manakala, katanya, sesalinan laporan itu juga hendaklah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui emel [email protected].

Ujarnya, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Laila Khalidah Ismail
Pengarah Bahagian K-Ekonomi
Kementerian Ekonomi
[email protected]; dan/atau

Radin Shah Izuan Radin Mohd Hambali
Ketua Penolong Pengarah Bahagian K-Ekonomi
Kementerian Ekonomi.
[email protected]

“Sebarang pertanyaan mengenai penggunaan portal Al Untuk Rakyat ini boleh dikemukakan terus kepada MyDC yang akan memberikan maklum balas sewajarnya terhadap setiap pertanyaan pengguna, menerusi alamat emel [email protected] seperti tertera dalam portal terbabit atau emel [email protected] dan talian telefon bernombor 03-88618282,” katanya.

Terdahulu. Program AI Untuk Rakyat dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Januari lalu, sebagai program pembelajaran kendiri dalam talian yang bermatlamat meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap AI.

Anwar berkata, Program AI Untuk Rakyat adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk mendekatkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program mengandungi dua modul, iaitu AI Aware dan AI Appreciate dibangunkan hasil kerjasama pihak MyDIGITAL Corporation (MyDC) serta Intel Corporation itu, terbuka untuk semua lapisan rakyat Malaysia secara percuma dan disediakan dalam empat bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin serta Tamil.

Rakyat boleh melayari www.AI.gov.my dan program itu boleh dilengkapkan mengikut tahap kelajuan masing-masing atau dihabiskan dalam masa empat jam jika dibuat secara terus.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mensasarkan sejuta rakyat akan mengikuti program selama empat jam itu, hingga hujung tahun ini.

Justeru, katanya, sebagai permulaan program itu perlu segera dilaksanakan dan dimulakan kepada pelajar sekolah, penuntut universiti dan penjawat awam. – 21 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related