Siasatan terhadap Tun bukan tindakan kasar, ini isu curi dana kerajaan: Puad

Meskipun golongan itu memiliki legasi dan jasa, tidak sepatutnya wujud apologetik serta perasaan kasihan terhadap mereka

9:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tetap ‘mengejar’ serta menyiasat golongan berstatus Tun berhubung isu kecurian dana kerajaan, sememangnya tepat dan tidak sepatutnya dianggap bermotifkan dendam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, meskipun golongan itu memiliki legasi dan jasa, tidak sepatutnya wujud apologetik serta perasaan kasihan terhadap mereka.

Katanya, ia bukan soal kasar, sebaliknya membabitkan isu kecurian dana yang seharusnya disiasat.

“Menurut Anwar bukan mudah mahu menyiasat golongan Tun. Memang benar. Apatah lagi untuk didakwa. Tetapi Anwar kata, dia akan kejar penyangak itu.

“Dia tidak peduli. Itu lagi benar. Jangan ada apologetik, kesian kerana legasi dan jasanya. Ini bukan soal kasar. Sampai mata lebam…Ini isu curi dana kerajaan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Merujuk kepada kenyataan anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Hassan Abdul Karim yang mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya jangan hanya menyiasat kes rasuah membabitkan penentang Kerajaan Perpaduan, selain mempersoal kenapa tidak siasat semua nama dalam kertas pandora, Puad berkata, ia bukan disebabkan itu sebaliknya mengenai isu kecurian dana kerajaan.

“Sebab itu siasat bukan kerana rasa dendam, konspirasi, selektif dan tujuan mencipta persepsi. Pastikan juga perbicaraan yang adil.

“Anwar kata pelik kalau rakyat tidak sokong. Lagi pelik bila Bar Council dan BERSIH membisu,” katanya.

Semalam, Anwar berkata, bukan mudah untuk menjalankan sebarang siasatan terhadap golongan kenamaan.

Justeru, beliau meminta rakyat menyokong usaha kerajaan dalam menyiasat golongan atasan, termasuk individu bergelar Tun berhubung kecurian dana kerajaan.
“Kami akan kejar penyangak itu, saya tidak peduli…bila kita nak ambil tindakan (ke atas golongan tersebut) rakyat marah, Perdana Menteri ini kasar sangat. Bagi saya aneh, sepatutnya kamu sokong. Bukan senang tahu, mahu siasat Tun.
“Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah lagi senang, saya mahu siasat orang kaya yang besar-besar curi duit ingat senang ke? Tak senang. Kita mahu jaga negara ini, jangan bagi orang curi harta rakyat,” katanya.

Pada 17 Januari lalu, SPRM mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada seorang anak bekas Perdana Menteri dipercayai berhubung perniagaannya pada akhir tahun 1990-an.

Sebelum itu, isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid dan dua anaknya hadir ke ibu pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan bekas Menteri Kewangan dan ahli perniagaan terbabit.

Disember lalu pula, SPRM menyita bangunan Menara Ilham di Kuala Lumpur.

Ia dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan. – 21 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related