Rakyat tidak boleh ‘lebih kaya’ dari negara, isytihar harta langkah positif, kata Salleh Keruak

Langkah mengisytihar harta ini mempunyai kesan jangka panjang yang positif dan beri impak kepada orang ramai serta negara

8:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Rakyat atau keluarga mereka tidak boleh lebih kaya daripada negara kerana mereka boleh mengawal dan mempengaruhi keputusan penting kerajaan dan negara.

Bekas Menteri Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, mungkin kerajaan semasa memerlukan sesetengah individu atau keluarga yang mempunyai nilai bersih tinggi untuk mengisytihar aset bagi menentukan betapa kayanya mereka.

“Langkah ini mempunyai kesan jangka panjang yang positif dan memberi impak kepada orang ramai serta negara.

“Amalan mengisytihar harta ini dan cukai yang adil adalah pendekatan positif yang sepatutnya dialu-alukan oleh semua pihak terutama mereka yang sangat kaya,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak merujuk kepada sesiapa di dalam hantarannya itu.

Jelasnya, prinsip dan dasar ini telah dipraktikkan oleh kebanyakan kerajaan demokrasi dan negara lain.

Langkah ini, kata Salleh adalah usaha sebenar untuk memulakan tadbir yang baik dan pengagihan kekayaan yang adil untuk mencapai keadaan ekonomi yang baik serta bertenaga. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related