Grab perluaskan kempen #SavewithGrab, bantu rakyat Malaysia raih penjimatan

Hasrat Grab adalah mahu memberi perkhidmatan kepada semua rakyat Malaysia dalam pelbagai cara yang diperlukan

1:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia memperluaskan kempen #SavewithGrab yang diperkenalkan tahun lepas bertujuan meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan atas permintaan dengan menyasarkan pengguna yang menitikberatkan perbelanjaan tatkala berlaku perubahan landskap ekonomi.

Kempen ini sebagai persediaan terhadap prospek ekonomi 2024, yang meramalkan kadar inflasi Malaysia diunjur antara 2.1 hingga 3.6 peratus tahun ini, sekali gus menekankan keperluan untuk penyelesaian harian yang praktikal dan boleh diakses.

Ketua Pemasaran Grab Malaysia, Hassan Alsagoff dalam satu kenyataan berkata, hasrat Grab adalah untuk memberi perkhidmatan kepada semua rakyat Malaysia dalam pelbagai cara yang diperlukan dan menjadikan platformnya lebih mudah diakses oleh segmen pengguna secara lebih meluas.

“Kemas kini baharu seperti Pelan Jangka Panjang GrabUnlimited dan Kad Setem, bukan sahaja membantu kami kekal relevan kepada pengguna yang mementingkan bajet, tetapi juga membuka lebih banyak peluang penjimatan untuk semua pengguna kami sambil dapat meningkatkan pendapatan buat pemandu, penghantaran, dan rakan kongsi pedagang juga,” kata Alsagoff.

Satu lagi ciri ketara yang turut dilancarkan kepada pengguna ialah GrabCar Saver, di mana penumpang boleh berjimat sehingga 20 peratus daripada tambang biasa. Perkhidmatan ini terdapat di bandar tertentu dan waktu-waktu tertentu.

Matlamat utama Grab adalah menjadi platform permintaan yang paling mudah diakses untuk perkhidmatan harian bagi setiap rakyat Malaysia. – Alif Omar/Scoop, 18 Januari, 2024

Selain itu, Grab membawa kembali promosi kegemaran peminat, tawaran ‘Kombo Jimat’ dan ‘Pakej Rahmah’, untuk melengkapkan promosi HotDeals dan HungryDeals sedia ada, sebagai cara membantu rakyat Malaysia memesan makanan terbaik pada harga terendah.

Grab juga mengembangkan inisiatif dengan rakan bank digitalnya, GXBank, di mana pelanggan boleh menikmati pelbagai ganjaran dan penjimatan seperti pulangan tunai 1 peratus tanpa had untuk setiap transaksi secara dalam talian dan luar talian melalui Kad GX yang akan dilaksanakan kelak.

Hanya dengan membuka akaun simpanan GX, pelanggan juga boleh menyimpan dengan kadar faedah harian tiga peratus setahun.

“Hasilnya, matlamat akhir kami kekal sama – untuk menjadi platform permintaan yang paling mudah diakses untuk perkhidmatan harian bagi setiap rakyat Malaysia. Selain memastikan kami mempunyai pilihan dan peluang secukupnya untuk menabung, satu daripada keperluan yang kami rasa penting untuk menyokong rakyat Malaysia,” kata Alsagoff.

“Ketika kami terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia setiap hari, kami juga berharap untuk memenuhi lebih banyak keperluan mereka, sama ada sekiranya mereka memerlukan penyelesaian yang mesra bajet, cepat dan pantas, atau mengikut yang ditempah,” kata Alsagoff. – 18 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related