Malaysia dukung langkah Afrika Selatan benam kezaliman Israel di ICJ: PM

Malangnya gelombang penentangan ini belum menjentik nurani pemimpin barat untuk mengambil pendirian yang menyemangati apa yang mereka paksakan ke atas negara lain selama ini

9:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Malaysia mengulangi pendirian untuk mendukung langkah Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menegak keadilan dan membenam kezaliman yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan berani Afrika Selatan dalam melonjak persoalan mengenai kekejaman Israel ke ICJ semestinya didukung oleh seluruh dunia dan warga yang waras.

Negara barat pula, kata beliau seolah-olah ingin terus bermuka-muka dan pengambil pendirian selamat berbanding mengheret Israel ke muka dan neraca pengadilan yang sewajarnya.

Anwar turut memetik kata-kata ikon pembebasan dan keamanan dunia, Nelson Mandela ‘kita mengetahui bahawa kekebasan kita tidak akan lengkap tanpa kebebasan rakyat Palestin’.

“Gelombang penentangan terhadap Israel yang kita saksikan hari ini adalah yang terbesar sejak demonstrasi raksasa menentang Perang Vietnam dan pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan dahulu.

“Malangnya, gelombang penentangan ini belum menjentik nurani pemimpin di negara-negara Barat untuk mengambil pendirian yang menyemangati apa yang mereka paksakan ke atas negara lain selama ini.

“Israel mesti dibicarakan dan kekejaman mereka mesti didobrak dengan pelbagai cara yang ada,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Melalui kes yang difailkan Afrika Selatan di ICJ, negara itu berhujah bahawa Israel melanggar konvensyen genosid 1948, konvensyen ditubuhkan selepas peristiwa Holocaust. – Gambar ICJ, 16 Januari, 2024

Serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu, telah memasuki lebih 100 hari.

Setakat hari ini, seramai 24,100 rakyat Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dan Israel kini terus dipencilkan oleh warga dan komuniti antarabangsa.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kenyataan serta pandangan perkauman sisi kanan yang dihamburkan para pemimpin Zionis ke atas rakyat Palestin telah menjelaskan sikap melampau Israel.

‘Sebagai rakyat, meski dinafikan segala hak dan asas kehidupan serta sentiasa dipaksa untuk hidup dalam ketakutan namun rakyat Palestin tetap terus keras mempertahankan tanah air dan maruah bangsa,’’ katanya.

Tegas Anwar, mantra ‘hak asasi manusia’ yang sering dihala ke negara-negara yang tidak sebulu dengan Israrl kini tidak lagi kedengaran.

Israel berdepan tuduhan jenayah perang dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai genosid ke atas penduduk Palestin di Gaza ketika ICJ memulakan pendengaran kes yang difailkan oleh Afrika Selatan, beberapa hari lepas.

Melalui kes yang difailkan Afrika Selatan di ICJ, negara itu berhujah bahawa Israel melanggar konvensyen genosid 1948, konvensyen ditubuhkan selepas peristiwa Holocaust, yang menetapkan semua negara perlu mengelak daripada mengulangi jenayah tersebut. – 16 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related