Perkhidmatan feri, bas percuma di Pulau Pinang sempena Thaipusam

Feri percuma bermula 12.01 tengah malam 24 Januari hingga 2 pagi 26 Januari, manakala Bas Rapid dari 2 petang hingga 1 pagi 24 Januari dan 25 Januari dari 5.30 pagi hingga 1 pagi keesokannya

3:49 PM MYT

 

BUTTERWORTH – Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) akan menawarkan perkhidmatan feri percuma bermula 12.01 tengah malam 24 Januari hingga 2 pagi 26 Januari bagi memudahkan perjalanan penganut agama Hindu ketika meraikan sambutan perayaan Thaipusam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penggunaan perkhidmatan feri, yang buat kali pertama akan beroperasi 24 jam, diharapkan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sebelah pulau.

“Selepas penumpang feri tiba di terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda, ada bas Rapid Penang yang turut memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

“Bas ini akan berhenti di tempat-tempat mereka sembahyang dengan destinasi akhir di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, waktu operasi Bas Rapid Penang secara percuma adalah dari 2 petang hingga 1 pagi 24 Januari dan pada 25 Januari, dari 5.30 pagi hingga 1 pagi keesokannya.

Loke berharap usaha itu dapat meningkatkan penggunaan pengangkutan awam khususnya ketika waktu musim perayaan. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related