Baru bergelar Hero Remaja 2023, Aiman Ameer sudah dapat tawaran berlakon filem

Menurut Aiman, rezekinya mencurah-curah sejak dinobatkan sebagai Hero Remaja 2023 hujung tahun lalu

11:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun baru sahaja menyandang gelaran juara Hero Remaja 2023 beberapa minggu lalu, Aiman Ameer sudah pun mendapat tawaran membintangi sebuah filem.

Malah tawaran yang hadir juga bukan calang-calang, dia bakal membawa watak utama dalam filem tersebut.

“Alhamdulillah selepas menjuarai Hero Remaja 2023, rezeki saya mencurah-curah. Saya tak sangka akan mendapat tawaran membintangi sebuah filem.

“Tetapi buat masa ini saya tak boleh bercerita lebih lanjut mengenai filem. Apa yang boleh saya katakan, watak ini adalah watak yang saya idamkan,” katanya kepada Scoop.

Selain filem, jejaka yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada 15 Januari lalu ini juga bakal terlibat dengan sebuah drama bersiri yang akan menjalani penggambaran pada Ramadan nanti.

“Ini merupakan satu cabaran baru buat saya di mana saya akan menjalani penggambaran pada bulan puasa. Jadi saya kena kuatkan iman untuk bertahan,” ujarnya.

Aiman juga mula merasai perubahan selepas bergelar Hero Remaja. Paling ketara jumlah pengikut Instagram naik mendadak.

“Setiap kali bangun tidur saya rasa macam tak percaya bahawa saya adalah Hero Remaja. Pengikut di Instagram juga tiba-tiba naik mendadak. Ini pertama kali berlaku dalam hidup saya,” kongsinya.

Sejak memenangi gelaran Hero Remaja, ramai yang bercakap tentang ketinggiannya yang rendah berbanding peserta lain. Namun Aiman bangga apabila dia dapat buktikan dan memberi inspirasi kepada remaja di luar sana yang mempunyai fizikal yang sama sepertinya agar tidak berhenti mengejar cita-cita.

“Saya rasa mereka di luar sana patut mempunyai keyakinan dalam diri. Tiada apa yang boleh menghalang anda daripada mengejar impian. Ketinggian tak main peranan. Apa yang penting adalah usaha,” katanya. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Popular

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related