Kedai makan Langkawi jual ayam goreng kunyit RM20 terima notis KPDN

Peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam masa dua hari bekerja

11:01 PM MYT

 

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap seorang peniaga makanan yang didakwa menjual ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan di premisnya di Pantai Cenang, Langkawi.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, pada hari ini dan peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam masa dua hari bekerja.

“KPDN telah mengesan hantaran yang tular di media sosial berkenaan perkara itu yang melibatkan sebuah kedai makan di Jalan Pantai Cenang, Langkawi.

“Siasatan telah dijalankan di premis yang diadu, (pegawai penguatkuasaan) telah berjumpa dengan pemilik premis…pemeriksaan menyeluruh di dalam premis mendapati buku menu disediakan kepada pelanggannya.

“Memang tercatit harga RM20 untuk ayam goreng kunyit…jadi dalam kes ini ada dipaparkan harga, ..tapi kita bagi NPMB dulu tengok pengesahan dia, peniaga perlu menunjukkan nilai atau kos dengan harga makanan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pengguna perlu sentiasa menyemak harga dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 memberikan hak kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat berhubung sesuatu barangan termasuk hidangan makanan sebelum membuat pesanan.

Sebelum ini, seorang pelanggan membuat hantaran di Facebook melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk sepinggan hidangan ayam goreng kunyit.

Individu terbabit turut memaklumkan,beliau terpaksa membayar RM24 untuk keseluruhan hidangan dipesannya, iaitu sepinggan ayam goreng kunyit (RM20) sepinggan nasi putih berharga RM3 dan air kosong (RM1).

“Patutlah orang luaq (luar) kata Langkawi mahai (mahal), hampa (anda) rasa baloii (berbaloi) kena harga ini? Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit seorang makan RM20, air kosong RM1, naya kena RM24,” katanya dalam hantaran itu yang tular sejak semalam. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related