Mereka beritahu akan buat mesyuarat mengenai kereta bapa saya: Anak pemilik Honda CRV

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan pengurus cawangan Peringgit menerusi panggilan telefon kepada bapanya hari ini

9:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas isu bunyi bising kereta jenis Honda CRV yang baru dibeli tidak sampai sebulan tular di media sosial semalam, perkara tersebut akhirnya mendapat perhatian syarikat terbabit.

Menurut anak kepada pemilik kenderaan terjejas, Ahmad Shah memaklumkan bapanya sudah dihubungi pengurus cawangan Honda Peringgit dikenali sebagai Mr Lim hari ini.

Katanya, pihak terbabit akan mengadakan mesyuarat ‘serius’ untuk membincangkan masalah dihadapi kenderaan tersebut yang baru dibeli bulan lalu.

“Mr Lim dari Honda Peringgit menelefon ayah saya dan beritahu bahawa mereka akan buat satu sesi mesyuarat serius mengenai kereta ayah saya.

“Mereka akan update (kemas kini) ayah saya. Itu sahaja buat masa sekarang,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook miliknya.

Semalam, Ahmad mendakwa, kereta dibeli bapanya bulan lalu sudah menghadapi masalah.

Katanya, ketika bapanya memandu kereta tersebut yang baru sahaja keluar dari bilik pameran, kedengaran bunyi bising yang kuat seperti sedang menunggang motosikal datang dari kenderaan terbabit.

Namun, katanya, bunyi itu akan hilang apabila kenderaan berkenaan berhenti.

Susulan itu, Ahmad berkata, bapanya menghantar semula kereta tersebut ke cawangan Peringgit untuk pemeriksaan.

Begitupun katanya, pihak terbabit hanya menukar tombol atau kunci pintu tapi kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama.

Jelas Ahmad lagi, pada pemeriksaan kedua pula, pandu uji kereta tersebut dilakukan dan kakitangan cawangan terbabit mengesahkan ada bunyi tidak normal semasa memandu.

Bagaimanapun Ahmad mendakwa, sehingga hari ini tiada maklum balas daripada pihak Honda Malaysia mengenai status kereta terbabit.

Susulan itu, dia terpaksa menggunakan media sosial agar isu tersebut dapat diselesaikan secara adil.

Honda Malaysia sehingga hari ini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related