Dakwaan restoran mamak guna ‘4 resepi jijik’, Mufti Pulau Pinang minta selidik kebenaran supaya tidak jadi fitnah

Mufti Pulau Pinang berkata, jika dakwaan yang dibuat itu adalah betul maka ia amatlah dikesalkan malah perbuatan sedemikian amat menjijikkan

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Umat Islam perlu ‘tabayyun’ iaitu menyelidik terlebih dahulu apabila mendapat berita mengenai tuduhan penggunaan bahan menjijikkan di dalam penyediaaan makanan di sesebuah restoran sebelum memulaukan restoran tersebut.

Ini kerana, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor ia bagi memastikan tuduhan itu tidak menjadi fitnah yang dilarang oleh Islam dan merupakan dosa besar yang sepatutnya dielakkan.

Namun, tegasnya, jika dakwaan yang dibuat melibatkan penyediaan makanan itu adalah betul maka ia amatlah dikesalkan malah perbuatan sedemikian amat menjijikkan.

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menyelidik dahulu tuduhan itu dan meminta orang ramai memastikan ia tidak menjadi fitnah yang dilarang oleh Islam dan merupakan dosa besar yang sepatutnya dielakkan – Gambar Bernama, 13 Januari, 2024

“Pemilik restoran tersebut perlu disedarkan bahawa adalah berdosa menjual makanan yang dianggap kotor. Jika ia diketahui oleh para pelanggan boleh menyebabkan mereka memulau restoran berkenaan dan sudah tentu menyebabkan kerugian.

“Islam menghendaki umatnya memakan makanan yang halal, baik dan suci. Menghidangkan makanan yang dicemari najis atau kotor adalah haram di sisi hukum Islam yang wajib dijauhi,’’ katanya kepada Scoop hari ini.

Semalam, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menafikan sekerasnya dakwaan seorang pengguna media sosial, berkait tahap kebersihan dan penyediaan makanan di restoran mamak yang didakwanya menjijikkan.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya percaya dakwaan atau fitnah dibuat pengguna TikTok dikenali KakDya @dyanamohamad90 itu, adalah kenyataan jahat, tidak berasas dan tidak disokong sebarang fakta serta bukti.

Menerusi video tular itu, Kak Dya memberi pesanan supaya jangan menikmati hidangan di kedai mamak yang melakukan empat benda meloyakan tekak.

Dia mendakwa nasi beriani dibaluti spender (seluar dalam) lelaki yang terjadi di sebuah kedai mamak di Kuala Lumpur.

Malah, dia mendakwa berlaku perkara toyol kencing dalam makanan, penggunaan air mandian untuk membuat kuah kari dan terdapat restoran mamak menghidangkan kuah dal mengandungi najis yang dibekukan berwarna hitam.

Menurut Wan Salim, mungkin ada pengusaha restoran yang tidak bertanggungjawab dan tergamak melakukan perbuatan jijik seperti ini.

“Tapi janganlah dijeneralisasikan kepada semua restoran kerana ini merupakan penganiayaan terhadap pemilik-pemilik restoran yang tidak terbabit,’’ katanya. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related