KUALA LUMPUR – Nampaknya bukan pendengar Suria FM sahaja yang tidak puas hati apabila penyampai radio, Tyzo Xander atau Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba daripada stesen radio Suria FM.
Sebaliknya, rasa tidak puas hati juga turut diluahkan beberapa rakan penyampai radio daripada stesen radio lain, termasuklah Anne Mokhtar daripada Selangor FM yang khabarnya mempunyai hubungan yang sangat dekat dan mesra dengan Tyzo.
Anne di dalam akaun Instagramnya telah memuat naik sebuah hantaran yang dipercayai mempunyai kaitan dengan orang bertanggungjawab yang menyingkirkan Tyzo Xander daripada Suria FM, namun hantaran Anne tersebut telah pun berjaya dikeluarkan pihak berkenaan.
Tidak berputus asa, Anne telah memuat naik gambar hantaran yang telah pun dikeluarkan itu di akaun Instagramnya.
Bahkan dia telah menulis kapsyen: “Kau apasal, cuak ke? Come on, berdepan kenyataan. Selama ni kau niat orang lain, tapi kali ni, kau buat dia. Orang akan tau siapa kau. Panas sebab kalah ABPBH ke?”
Satu jam selepas itu Anne memuat naik komen di hantaran yang sama: “Ye awak…ada nampak dia posting ucap tahniah lepas Tyzo menang? Koyak dik, anak buah menang. Sama-sama makan gaji, cuma beza dia ada kuasa. Kalau nak pembaharuan, dia patut berhenti dulu.”
Komen itu mendapat respons daripada pengikut-pengikutnya yang kemudian dapat mengagak bahawa individu yang dimaksudkan adalah seseorang yang berpengaruh di Suria FM dan memegang jawatan yang besar.
Namun, ada juga mengatakan bahawa individu itu bukanlah pemilik Suria FM dan tidak mungkin dia punya kuasa sebesar itu.
Jawab Anne: “Sebab dia boss dik. Walaupun bukan pemilik (Suria FM), tapi boleh buat keputusan ikut tekak sendiri. Kalau tahun depan bertanding, hilang pesaing. Trofi ABP punya hal,” katanya.
Sementara itu, di dalam hantaran yang dimuat naik Tyzo Xander mengenai penamatan kontrak dengan Suria FM, Anne turut menyuarakan luahannya di dalam ruangan komen.
“Macam mana nama Tyzo boleh ada. Kejap lagi sambung. Perempuan kau sediakan jawapan murni-murni bidas aku balik. Sebab apa, aku ada bukti, Tapi, kau cuma lakonan dan kepuraan di sebalik kelembutan.”
Anne kemudian dilihat berbalas komen dengan pengikut-pengikut Tyzo di ruangan komen tersebut.
“Rating stesen tak penting. Yang penting yang lebih top tak ada. Adik faham kan…,” jawabnya kepada seorang pengikut.
“Ini harga yang sangat tak masuk akal untuk seorang penyampai yang baru lima bulan menang bawa nama stesen. Tapi stesen tak salah, tetapi orang yang membuat keputusan tanpa justifikasi kukuh yang tak boleh terima akal. Tyzo tak reda berhenti,” katanya lagi. – 13 Januari, 2023