‘Apa daya, saya tiada kuasa, maafkan saya’, Tyzo Xander tidak reda dengan pemergiannya di Suria FM

Kata Tyzo, dia tidak pernah berhasrat meninggalkan Suria FM dan masih mahu bekerja

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Tyzo Xander atau Tuah Zolqarnain Idris memberitahu, dia tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan stesen radio Suria FM.

Semalam, Suria FM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, secara rasmi telah pun berakhir hari tersebut.

“Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya.

“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan penyampai radio popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 35 pada tahun lalu (ABPBH35).

“Selepas ini mohon tiada pihak ‘spin cerita, ‘olah ayat’, ‘tuduh diva’ demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram miliknya.

Tyzo juga turut memohon maaf kepada seluruh pendengar Suria FM di sebelah petang mengenai berita yang mengejutkan tentang dirinya itu.

“Buat Kak Rara (Sharifah Sahirah), saya akan rindukan bekerja dengan akak. Saya tidak reda pemergian ini.

“Tapi apa daya saya, saya tiada kuasa. Saya harus pergi. Maafkan saya. Selamat tinggal Suria FM,” katanya dengan nada sedih.

Tyzo Xander adalah salah seorang penyampai radio yang cukup popular di Suria FM dan telah mencipta kejutan apabila buat julung kalinya memenangi anugerah Penyampai Radio Popular pada ABPBH 35 yang berlangsung di Istana Budaya, tahun lalu.

Sebelum itu, kategori tersebut telah dimonopoli DJ Lin sebanyak empat kali iaitu pada ABPBH 29, ABPBH 32, 33 dan 34. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related