Polis masih siasat ‘motif dendam’ bakar rumah Ngeh Koo Ham, suspek bukan ahli parti politik

Suspek berasal dari Shah Alam, Selangor, tidak diketahui motif melakukan ‘jenayah’ tersebut

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bukan ahli mana-mana parti politik, motif dendam atau apa jua motif masih dalam siasatan.

Demikian jelas Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Scoop bagi mengulas identiti serta motif seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan polis selepas disyaki terbabit kes berunsur khianat dalam kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau berkata, suspek berasal dari Shah Alam, Selangor dan tidak diketahui motif lelaki itu ‘menempuh’ perjalanan sehingga ke Ayer Tawar, Perak bagi melakukan ‘jenayah’ tersebut.

“Kita tahan suspek di Shah Alam, dia memang orang sana. Dia bukannya anggota mana-mana parti politik.

“Kita juga sedang siasat lebih lanjut mengenai suspek termasuk motif dia melakukan itu. Motif dendam? Juga masih dalam siasatan,” katanya hari ini.

Keadaan rumah Datuk Ngeh Koo Ham yang terbakar di Ayer Tawar, Perak pada 10 Januari lalu. – Gambar JBPM Perak, 13 Januari, 2024

Semalam Mohd Yusri memaklumkan polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an disyaki terbabit kes berunsur khianat dalam kebakaran kediaman Koo Ham.

Beliau berkata, suspek ditahan di Shah Alam, Selangor pada jam 4 pagi dan polis turut merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini.

Permohonan reman telah dibuat ke atas tangkapan dan reman dibenarkan selama lima hari sehingga 16 Januari ini bagi siasatan lanjut.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh sehingga 14 tahun dan denda.

Pada 10 Januari lalu, rumah pemimpin DAP itu di Ayer Tawar, Perak, terbakar namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Tiga buah kenderaan milik beliau dilaporkan musnah dalam kebakaran di kediamannya di Taman Semarak Jaya itu.

Polis turut menemukan satu botol yang disyaki molotov cocktail di lokasi kebakaran. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related