Israel-Palestin: Anwar gesa Jerman gunakan pengaruh desak gencatan senjata

Perdana Menteri berkata mereka juga senada supaya keperluan untuk menegakkan hak wanita dan kanak-kanak perempuan untuk pendidikan diberi penekanan khusus

11:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jerman supaya menggunakan pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata dalam konflik antara Israel dan Palestin sekali gus membenarkan akses bantuan kemanusiaan.

Anwar menyatakan pandangan itu kepada Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock, yang mengadakan kunjungan hormat terhadap beliau di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

“Bahagian utama perbincangan adalah mengenai Palestin di mana saya menegaskan pendirian Malaysia agar Barat menghentikan kepura-puraan mereka terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad, selain mesti berusaha ke arah mengelak pembantaian terhadap orang awam termasuk anak kecil,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Selain itu, Anwar berkata mereka juga senada supaya keperluan untuk menegakkan hak wanita dan kanak-kanak perempuan untuk pendidikan diberi penekanan khusus selain menyatakan kebimbangan terhadap isu Myanmar yang masih berlarutan. 

Anwar memaklumkan beberapa perkara lain turut dibincangkan dan mendapat persetujuan bersama dalam pengukuhan berkaitan aspek ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain meningkatkan persefahaman antara budaya.

Baerbock dan delegasinya kini sedang dalam lawatan ke Asia Tenggara iaitu Filipina dan Singapura selain Malaysia.

Jerman merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak 2000, manakala Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara-negara anggota Asean. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related