Langkah Dubai: Polis panggil 4 individu termasuk Papagomo dan Chegu Bard

Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis juga telah menerima 145 laporan polis berkaitan isu yang sama

7:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis telah memanggil empat individu hari ini bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan gerakan Langkah Dubai bagi menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop, blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo); ahli Bersatu, Badrul Hisham Shaharin dan Mohamad Salim Iskandar.

Razarudin berkata, polis juga telah menerima 145 laporan polis berkaitan isu yang sama.

“Polis merakamkan percakapan mereka di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 30 Disember lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, satu kertas siasatan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah Yang di-Pertuan Agong untuk menggulingkan kerajaan yang disiasat di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, sebanyak empat laporan polis telah diterima berhubung isu yang sama.

Tegasnya, kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh menganggu siasatan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memanupulasi isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,’’ katanya. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related