‘Itu urusan SPRM…jika tak salah tidak perlu bimbang’: PM

Mana-mana individu tidak perlu bimbang sekiranya tidak bersalah kerana siasatan akan diteliti serta pendakwaan akan diberikan dan dikemukakan, jika terdapat bukti kukuh

7:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penentuan sama ada akan berlaku lebih banyak tangkapan berkaitan rasuah membabitkan individu nama besar atau ‘jerung’, adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri berkata, urusan itu terpulang kepada agensi berkenaan untuk membuat penentuan atau mengambil tindakan.

“Itu urusan SPRM, tetapi saya tidak mahu orang anggap ini perkara kecil, baru, lama, tak boleh,” katanya.

Menurutnya, mana-mana individu tidak perlu bimbang sekiranya tidak bersalah kerana siasatan itu akan diteliti serta pendakwaan akan diberikan dan dikemukakan, jika terdapat bukti kukuh.

“Tetapi janganlah sesetengah orang anggap ini (tindakan SPRM) soal sasar pihak tertentu dan sebagainya kerana ini akan memberikan gambaran seolah-olah ada orang-orang…jerung-jerung besar terlepas,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Iskandar Puteri, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada akan ada lebih banyak tangkapan berkaitan rasuah membabitkan ‘jerung’ besar.

SPRM ketika ini sedang menjalankan siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, termasuk meneliti aset, perniagaan domestik dan antarabangsanya berikutan penyitaan Menara Ilham miliknya.

Menerusi kenyataannya kepada Scoop sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tertumpu kepada pemerolehan aset dan perniagaannya, seperti hartanah, hotel dan institusi kewangan di luar negara.

Pada 4 Januari lalu, SPRM merekodkan kenyataan empat individu bagi membantu siasatan ke atas Daim.

Terdahulu, peguam keluarga Daim mengeluarkan notis mengenai isteri Daim, Toh Puan Naimah Khalid serta dua anak lelakinya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir dipanggil SPRM.

Semalam, ketiga-ketiga mereka tiba di ibu pejabat SPRM untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Cyberbullying: timely intervention wise as cases on the rise

As social media becomes increasingly popular, criminology expert notes its ‘dark side’ which exposes people to several crimes and vouches for regulation

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related