Minta, terima rasuah setengah juta, bekas ketua jabatan syarikat insurans ditahan

Wang tersebut diterima sebagai balasan mengesyorkan pemberian kontrak kepada tiga syarikat

10:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas ketua jabatan syarikat insurans kerana meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM500,000.

SRPM menerusi satu kenyataan berkata, wang tersebut diterima daripada pembekal perkhidmatan latihan dan perundingan untuk syarikat berkenaan sebagai balasan mengesyorkan pemberian kontrak kepada tiga syarikat.

Menurut sumber, suspek wanita berusia sekitar 30-an ditahan semalam kira-kira jam 7.20 malam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Januari 2024 terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Atiqah Mohamed.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related