Bangunan Panggung Istana Budaya ditutup 2 tahun mulai 15 Januari ini

Acara terakhir di Panggung Sari adalah Live Performance of The Whirling Dervishes Of Rumi yang dijadualkan berlangsung pada 13 Januari ini

9:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bangunan panggung Istana Budaya yang menjadi tumpuan penggiat seni tanah air bagi menganjurkan pementasan bertaraf antarabangsa di Panggung Sari akan ditutup selama dua tahun mulai 15 Januari ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar berkata, penutupan itu bertujuan memberi ruang kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan khususnya bumbung pusat berkenaan.

“Bangunan Panggung Istana Budaya tidak akan beroperasi untuk sebarang bentuk acara atau pementasan sehingga 5 Januari 2026 dan dijangka dibuka pada tahun tersebut selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh penutupan itu, Istana Budaya akan menganjurkan persembahan menerusi Kempen Gerak ke seluruh Malaysia dengan produk utama seperti Orkestra Tradisional Malaysia, Orkestra Simfoni Kebangsaan, dan Artistana.

“Istana Budaya sentiasa terbuka bagi memberi peluang kepada syarikat tempatan sebagai rakan strategik serta penggiat seni tanah air untuk bekerjasama dalam menganjurkan persembahan di dalam dan luar negara,” katanya.

Penggiat seni tanah air sudah dimaklumkan mengenai penutupan itu sewaktu pelancaran program Istana Budaya sepanjang tahun lalu.

Sementara itu, penggiat seni teater yang bercadang mementaskan karya mereka dalam tempoh penutupan ini boleh memilih lokasi seperti KL Pac, PJ Pac, dan Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk pementasan di sekitar ibu negara dan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi kawasan Selangor.

Acara terakhir yang akan berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya sebelum ditutup adalah persembahan Live Performance of The Whirling Dervishes Of Rumi yang dijadualkan berlangsung pada 13 Januari ini.

Orang ramai boleh menghantar emel di [email protected] atau hubungi Unit Perhubungan Awam Istana Budaya di talian 03-40265555 untuk mendapatkan maklumat berhubung penutupan tersebut. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related