Terlibat samun bersenjata, 3 remaja bawah umur direman lima hari

Ketiga-tiga suspek ditahan dalam satu operasi risikan awal pagi tadi

9:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga remaja ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersenjata membabitkan lelaki warga asing di Taman Connaught, Cheras, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 14 hingga 15 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi susulan risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam satu kes samun berkumpulan bersenjatakan pisau
membabitkan mangsa seorang lelaki warga asing di Taman Connaught, Cheras, Kuala
Lumpur di sini.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ridzuan berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek tidak memiliki sebarang rekod lampau.

“Reman ke atas ketiga-tiga suspek dibenarkan selama lima hari bermula hari ini hingga Ahad ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran keras agar orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related