‘Ramai ingat saya dah berhenti berlakon tapi…’

Menurut Anne, dia menjadikan lakonan sebagai hobi dan terbuka berlakon bersama mana-mana produksi

8:00 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pelakon dan juga ahli politik, Datin Anne Ngasri mengakui ramai menyangka dia sudah berhenti daripada dunia lakonan.

Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 40, dia belum meletakkan noktah dalam kerjaya lakonan.

“Ramai yang ingat saya dah tak berlakon lagi. Sedangkan saya masih berlakon biarpun tak kerap.

“Saya banyak terlibat dengan produksi keluarga.

“Drama lakonan saya pun banyak keluar di stesen RTM. Mungkin sebab tak ada promosi jadi orang ingat saya dah tak berlakon,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana drama Gemersik Berbisik.

Kata Anne, lakonan kini ibarat hobi buatnya dan dia berasa tidak selesa andai terus meninggalkan bidang dicintainya sejak kecil itu.

Anne Ngasri (berdiri, kanan) bersama barisan pelakon Gemersik Berbisik pada tayangan perdana drama yang bakal ditayangkan di Unifi TV. – Gambar Astra Studio Post Production, 10 Januari, 2024

“Saya selalu cakap yang berlakon sudah menjadi hobi saya. Kalau saya tinggal, rasa macam tak selesa. Sebab itu, saya mengalu-alukan orang panggil saya berlakon.

“Tetapi perlu mengikut jadual saya. Memandangkan sejak tahun lalu saya memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Giat Mara, jadi saya harus fokuskan kepada kerja saya juga.

“Dan yang selalu boleh ikut jadual saya adalah syarikat produksi keluarga saya sendiri tetapi saya tak ada letak sebarang syarat berat. Jadi tolonglah panggil saya berlakon,” katanya.

Bagi mereka yang merindui lakonan Anne, dia turut terlibat dalam drama terbaru terbitan syarikat produksi keluarganya, NS Star studio berjudul Gemersik Berbisik yang ditayangkan di Unifi TV melalui saluran Degup. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related