Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 bakal jadi tumpuan penggiat filem seluruh dunia Ogos ini

Tengku Azlan berkata, KLIFAA2024 bakal menjadi bukti kehebatan seni pembikinan filem dan bahasa penceritaan sejagat

4:18 PM MYT

 

PETALING JAYA – Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) 2024 yang julung kalinya diadakan bakal berlangsung dari 7 hingga 11 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar ketika mengumumkan visi dan matlamat edisi sulung KLIFAA 2024 berkata, acara itu bakal menjadi bukti kehebatan seni pembikinan filem dan bahasa penceritaan sejagat.

KLIFAA 2024 berhasrat untuk menjadi lebih daripada satu majlis anugerah. Ia bertujuan untuk menjadi platform pertukaran budaya.

“Acara ini akan menyerlahkan komitmen festival untuk mempromosikan kepelbagaian, kecemerlangan artistik dan keterangkuman dalam industri produksi filem dan televisyen global,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, KLIFAA 2024 akan memberi tumpuan kepada meraikan bakat baharu, memupuk kreativiti dan mengiktiraf pencapaian luar biasa dalam filem cereka, drama TV, dokumentari, filem pendek dan animasi – Azim Rahman/Scoop, 9 Januari, 2024

Tambah beliau lagi, program komprehensif festival itu termasuk tayangan filem, perbincangan panel, kelas pakar, jaringan perniagaan dan majlis anugerah berprestij yang menjurus ke arah menyemarakkan semangat bercerita dan pembikinan filem.

“Pentauliahan untuk acara monumental ini tersedia kepada pembuat filem, artis, penerbit, pengamal industri, wartawan, jurugambar, kru radio dan kru TV, wartawan portal dalam talian, koresponden agensi berita, ejen perhubungan awam dan pelajar filem serta peminat yang ingin melibatkan diri dalam meraikan kecemerlangan sinematik ini.

“Tema KLIFAA 2024 adalah ‘Inspiring Brilliance, Igniting Passion’. Ia memaparkan semangat festival dan bertujuan untuk menyatukan budaya, mencetuskan pemikiran dan mengispirasikan kreativiti pada skala global.

“Acara itu akan memberi tumpuan kepada meraikan bakat baharu, memupuk kreativiti dan mengiktiraf pencapaian luar biasa dalam filem cereka, drama TV, dokumentari, filem pendek dan animasi,” jelasnya.

Lebih 50 negara dijangka melibatkan diri dalam festival tersebut dan setakat ini 21 negara sudah menyatakan minat mereka.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi KLIFAA, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, penglibatan juri festival filem di peringkat antarabangsa akan menarik minat pengkarya filem dari serata dunia untuk menyertai festival ini.

Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, penglibatan juri festival filem di peringkat antarabangsa akan menarik minat pengkarya filem dari serata dunia untuk menyertai festival ini – Azim Rahman/Scoop, 9 Januari, 2024

“Ini adalah tahun pertama kami. Dan apa yang kami perlu lakukan adalah cetuskan situasi supaya penggiat filem di luar sana rasa nak datang ke festival ini. Biar mereka rasa bahawa KLIFAA ini adalah festival filem penting di Asia Tenggara sama seperti festival filem lain contohnya Festival Filem Busan.

“Dan salah satu cara untuk mencapai tahap itu adalah dengan menjemput juri antarabangsa yang dikenali seperti Majid Majidi yang berasal dari Iran. Mereka ini adalah pembikin filem terkenal dunia. Dengan adanya penglibatan juri seperti ini, prestij festival filem kita akan jadi lebih tinggi.

“Saya sendiri pernah menjadi juri di Festival Filem Asia Pasifik. Ketika itu yang menjadi juri bersama saya ialah juri dari Festival Filem Cannes, pembikin filem di Hong Kong dan pengarah filem Parasite,” katanya.

Ditanya mengenai cara untuk mempromosikan festival filem ini ke seluruh dunia, Datin Paduka Shuhaimi Baba selaku Pengarah KLIFAA 2024 berkata, pihaknya akan cuba menguar-uarkan mengenai festival ini ke kedutaan setiap negara.

Datin Paduka Shuhaimi Baba selaku Pengarah KLIFAA 2024 berkata, pihaknya akan cuba menguar-uarkan mengenai festival ini ke kedutaan setiap negara – Azim Rahman/Scoop, 9 Januari, 2024

“Setiap kedutaan akan menyebarkan mengenai festival ini kepada penggiat filem negara masing-masing.

“Kita juga akan hubungi secara terus dengan penganjur festival lain yang kita kenal, juga kenalan pembikin filem dari luar negara,” katanya.

Artis dan pembikin filem berbakat di seluruh dunia boleh mengambil bahagian dengan menghantar karya mereka untuk kategori yang dipertandingkan bermula 1 Mac hingga 31 Mei dengan melayari laman sesawang www.klifaa.com. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related