Fizi Ali dakwa bekas isteri bawa Ameena jumpa teman lelaki sedangkan dia dihalang jumpa anaknya

Fizi akan mengambil tindakan undang-undang kerana didakwa dihalang daripada bertemu anaknya, Ameena

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nampaknya pertelingkahan yang berlaku di antara penyampai radio, Fizi Ali dan bekas isterinya Shakilla Khoriri semakin memuncak.

Setelah gagal bertemu dengan anaknya, Ameena Sofea, 5, Fizi dalam satu pendedahan terbaharu mendakwa Shakilla mempunyai teman lelaki.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik Fizi di Insta Story, dia turut mendakwa Shakilla juga membawa Ameena bertemu dengan teman lelakinya itu.

“Bapak dia kau elakkan jumpa. BF (teman lelaki) siap pimpin tangan anak. Itu kau claim single hidup sorang-sorang? Dari sebelum berpisah kau tak pernah single la perempuan. Ini sebenarnya yang kau nakkan?

“Konon-konon depan netizen kau acah suci hidup seorang besarkan anak. Lepas tu nafikan semua benda,” tulisnya.

Dakwa Fizi lagi, keluarga bekas isterinya turut menerima lelaki tersebut dalam keluarga mereka.

“Famili dia pun siap terima ‘penyondol’ tu. Kifarah ada, tak kena dekat diri sendiri nanti kena dekat ahli keluarga sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, Fizi mendedahkan dia sudah lama tidak bertemu dengan anaknya selepas gagal menghubungi bekas isterinya. Disebabkan itu, Fizi mengambil tindakan undang-undang dan akan membawa kes ini ke mahkamah.

Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan bercerai pada Disember 2021.

Perceraian mereka tidak berakhir dengan baik malah timbul dakwaan Shakilla berlaku curang sebelum berkahwin dan dakwaan yang sama turut menimpa Fizi.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuannya, Ameena Sofea yang kini berada dalam jagaan Shakilla. Fizi juga sudah mendirikan rumahtangga dengan Siti Zulaikha. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related