‘Saya minta maaf’, Siti Nurhaliza tak dapat tunai permintaan peminat untuk tambah hari konsert

Siti memberitahu dia akan tampilkan Judika sebagai penyanyi undangannya dalam konsert itu.

7:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 45, memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan peminat yang mengharapnya untuk menambah bilangan hari Konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac nanti.

Biarpun menyedari ramai peminat kecewa kerana tidak berpeluang mendapatkan tiket konsertnya itu setelah ia habis dijual dalam tempoh dua jam pada 21 Disember lalu, Siti berkata, dia tidak dapat menambah hari konsert itu kerana berdepan dengan faktor kekangan masa.

Siti berharap kekecewaan peminatnya itu akan terubat apabila dia tampil dengan penganjuran konsert lain di masa akan datang. – Gambar Ellyna Ali/Scoop, 8 Januari, 2024

“Saya minta maaf, dengan berat hati saya terpaksa memberitahu tidak dapat menambah bilangan hari atau tiket konsert atas faktor kekangan waktu.

“Seperti yang semua sedia maklum, jika saya adakan pada 10 Mac, tarikh tersebut sudah terlalu hampir dengan bulan Ramadan. Kalau saya buat lebih awal pula, ia akan menjejaskan sesi latihan terakhir teknikal dan produksi konsert pada 8 Mac,” katanya.

Tambah Siti, dia berharap kekecewaan peminatnya itu akan terubat apabila dia tampil dengan penganjuran konsert lain di masa akan datang.

“Insya-Allah, akan ada lagi konsert lain selepas ini. Saya harap peminat saya akan lebih bersedia untuk mendapatkannya,” katanya sewaktu ditemui di sidang media Konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza di ibu kota, petang tadi.

Siti juga memaklumkan bahawa dia bakal membawakan lebih 30 lagu di dalam konsertnya itu nanti yang mana ia akan menghimpunkan lagu-lagunya yang klasik, irama tradisional serta beberapa lagu daripada album terbaharunya, Sitism.

“Saya masih lagi merancang konsep persembahannya tetapi apa yang pasti ia akan menterjemahkan tahap pengalaman serta perjalanan kerjaya seni saya selama 27 tahun.

“Ituah epitome saya, di mana mana peminat-peminat saya tahu tentang lagu-lagu saya dan hal-hal yang berkaitan dengan perjalanan hidup saya sebagai anak seni. Itu yang akan saya persembahkan nanti,” katanya.

Pada sidang media itu juga, Siti juga memaklumkan bahawa dia turut mengundang penyanyi popular Indonesia, Judika untuk beraksi sebagai penyanyi undangannya dalam konsertnya itu nanti.

“Buat masa ini, saya memang penyanyi undangan saya adalah Judika dan kami akan menjayakan sebuah segmen yang boleh dikatakan menarik.

“Saya masih belum rancang untuk menampilkan penyanyi undangan lain. Jika ada, ia mungkin akan menjadi kejutan pada konsert itu nanti,” katanya.

Jelas Siti, sebahagian wang hasil jualan tiket Konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza akan disalurkan ke Yayasan Nur Jiwa untuk membantu umat Islam di Palestin.

Konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza yang dianjurkan Yayasan Nur Jiwa bakal dipimpin Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik. Ia bakal diadakan di Axiata, Bukit Jalil pada 9 Mac ini. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related