Rakyat Malaysia lakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di luar negara boleh didakwa di Malaysia

Ia memandangkan jenayah eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak merupakan satu isu yang merentasi sempadan

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Warganegara Malaysia yang melakukan jenayah eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak di luar negara boleh dianggap sebagai melakukan kesalahan tersebut di dalam Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu termaktub di dalam Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792].

Menurut beliau, ia memandangkan jenayah eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak merupakan satu isu yang merentasi sempadan dan peruntukan itu membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan sedemikian di luar negara.

“Kerajaan kini sedang menjalankan kajian yang sewajarnya bagi meluaskan skop perlindungan undang-undang ini bagi merangkumi situasi di mana kesalahan dilakukan terhadap kanak-kanak Malaysia oleh mana-mana individu di luar Malaysia.

“Perkembangan undang-undang ini bertujuan untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada mangsa kanak-kanak yang berwarganegara Malaysia tanpa mengira lokasi geografi pelaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada tahun lalu, dua pindaan baru telah diluluskan untuk memerangi jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian: seksyen baharu 15A Akta 792 memperuntukkan kesalahan yang berkaitan dengan persembahan seksual oleh kanak-kanak, manakala seksyen baharu 15B memperuntukkan kesalahan yang berkaitan dengan pemerasan seksual kanak-kanak.

Di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792], kesalahan berkaitan dengan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (Child Sexual Abuse Material, CSAM) dalam talian melibatkan enam kategori kesalahan, dengan hukuman dengan tempoh pemenjaraaan selama lima tahun penjara hingga hingga 30 tahun serta sebatan.

Selain itu, Akta 792 memperuntukkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam talian yang lain termasuklah pengantunan kanak-kanak (child grooming), berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak dan menyebabkan kanak-kanak memerhati atau mendengar bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Azalina berkata, Kerajaan Perpaduan ingin menegaskan bahawa langkah-langkah jitu ke arah memperkukuhkan lagi kerangka undang-undang sedia ada sedang diterokai bagi menangani isu berkaitan eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.

Pada masa yang sama katanya, Kerajaan Perpaduan akan terus bekerjasama rapat dengan rakan sejawat antarabangsa dalam usaha global untuk menangani jenayah yang keji itu.

“Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual dalam talian adalah tanggungjawab bersama dan Malaysia akan terus bekerja bersama komuniti global untuk mengatasi isu ini dengan berkesan,” katanya. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Related