‘MCA memang sesat tapi setia bersama rakan komponen’

Datuk Seri Ti Lian Ker berkata itu perbezaan MCA dengan DAP yang hanya mencari rakan mengikut kesenangan politik

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mengakui parti itu sememangnya berada dalam kesesatan tetapi tidak pernah mencaci, mengejek atau mengaibkan parti lawan.

Malah katanya, MCA tetap setia bersama rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN) pada waktu sukar.

“MCA tidak pernah menangguk di air keruh ataupun hanya mencari rakan dan lawan mengikut kesenangan dan kesesuaian politik.

“Inilah beza MCA yang sesat demi menegak kebenaran dan DAP yang mengelirukan demi mencari kekuatan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurutnya, DAP sudah mula mengikut skrip dan pendekatan politik MCA selama ini.

“DAP yang memomokkan pengundi bukan Melayu terhadap kerakusan kuasa, ketuanan dan ketuhanan politik Umno kini sudahpun membuat pusingan U dengan memeluk dan menunduk kepada perjuangan Umno.

“Bezanya, pengundi Melayu masih lagi curiga dan berwaspada terhadap kewujudan dan kekuatan politik DAP yang dominan dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok mendakwa MCA agak ‘sesat’ apabila ditanya mengenai hubungan DAP dan MCA dalam Kerajaan Perpaduan.

Malah dakwanya, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dilihat gemar menyerang Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Mengulas lanjut, Lian Ker berkata, MCA sentiasa dipandang dan diterima sebagai parti yang berpaksikan kesederhanaan.

“MCA tidak pernah melaungkan retorik politik menghapuskan hak Bumiputera yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan ataupun usaha ke arah itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, DAP masih tidak mengiktiraf pengorbanan MCA demi bersama mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, katanya, DAP memilih untuk terus mengejek MCA sebagai parti dua kerusi Parlimen atas sokongan pengundi majoriti Melayu. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related