Paras air di Empangan Air Itam menyusut kepada 66.7%

Begitupun ia masih mencukupi sehingga 66 hari termasuk ketika tempoh empat hari gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang bermula 10 Januari ini

5:09 PM MYT

 

BATU KAWAN – Paras air di Empangan Air Itam menunjukkan penurunan kepada 66.7% namun masih mencukupi sehingga 66 hari termasuk ketika tempoh empat hari gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang bermula 10 Januari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penurunan itu berikutan insiden paip bocor di Sungai Perai, Butterworth baru-baru ini yang memerlukan pengeluaran air terawat lebih berbanding biasa dari empangan berkenaan.

“Paras air Empangan Air Itam ketika ini 66.7% dan saya dimaklumkan insiden Sungai Perai menyebabkan ia menurun berbanding paras air sebelum ini 83%, kerana sebelum ini pengeluaran air terawat sekitar 22 juta liter sehari (MLD).

“Namun semasa kejadian paip bocor, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) perlu menambah pengeluaran air terawat daripada Empangan Air Itam iaitu 40 MLD susulan bekalan terganggu di beberapa kawasan ketika itu untuk disalurkan kepada mereka terputus bekalan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Suite Perniagaan Capstone di sini hari ini.

Chow Kon Yeow berkata, penurunan itu berikutan insiden paip bocor di Sungai Perai, Butterworth baru-baru ini yang memerlukan pengeluaran air terawat lebih berbanding biasa dari empangan berkenaan. – Gambar Facebook Chow Kon Yeow, 6 Januari, 2024

Menurut Chow, peratusan air di Empangan Air Itam dijangka terus menyusut kepada 57% pada minggu akan datang, iaitu ketika gangguan bekalan air berjadual kerana PBAPP perlu mengeluarkan lebih banyak air terawat dari situ untuk pengagihan kepada penduduk terjejas sehingga 15 Januari.

Sementara itu, Chow berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk memohon operasi pembenihan awan kerana ia belum sampai paras kritikal.

“Bukan senang untuk buat pembenihan awan ia perlu mengambil kira banyak faktor dan saya rasa ia belum sampai paras kritikal. Saya minta penduduk di negeri ini terus berjimat air terutama menjelang Tahun Baharu Cina yang selalunya musim panas ketika itu,” katanya.

Sebanyak 590,000 pengguna air termasuk bukan domestik dijangka terkesan dengan ketiadaan bekalan susulan penutupan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter (mm) yang rosak.

PBAPP memaklumkan gangguan berjadual selama 98 jam itu bermula 6 pagi, 10 Januari hingga 6 pagi 14 Januari, yang turut membabitkan kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Related