Ara Johari bertunang dengan siapa?

Desas-desus mengatakan penyanyi itu sudah ‘disunting’ selepas gambar berada di majlis pertunangan

8:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Ara Johari menafikan dirinya telah menjadi tunangan orang selepas dia memuat naik gambar berada di majlis pertunangan di akaun Instagram.

Menurut Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, majlis tersebut merupakan majlis pertunangan adik lelakinya.

“Bukan saya yang bertunang, tetapi adik saya. Siapa yang mengenali saya, mereka akan tahu gambar siapa yang saya kongsi. Kiranya adik saya langkah bendul.

“Dalam keluarga adik saya yang pertama akan berkahwin. Abang saya pun belum kahwin lagi.

“Biarpun umur dia baru 22 tahun, tetapi dia cakap dia dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert Pesta Muzik Kuantan.

Ditanya adakah dia tidak berasa kekok apabila adiknya terlebih dahulu bakal mendirikan rumah tangga, kata Ara, dia pernah juga terdetik perasaan itu.

“Pada mulanya terasa juga bila adik yang terlebih dahulu nak kahwin sebelum saya. Tetapi memandangkan abang saya pun belum berkahwin jadi saya rasa okey sahaja.

“Sebagai kakak, Ara tidak pernah ‘menapis’ siapa wanita yang layak berkahwin dengan adik.

“Apa yang terbaik untuk adik saya, saya terima sahaja. Bakal isteri dia yang ini adalah satu-satunya perempuan yang dia bawa jumpa saya. Kami pun dah pernah keluar makan bersama keluarga. Saya lihat dia betul-betul serius,” jelasnya.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Ara bakal terlibat dengan konsert Pesta Muzik Kuantan yang akan berlangsung pada 24 Februari depan di Kuantan, Pahang.

“Saya rasa gembira dan bertuah dapat terlibat dengan konsert besar seperti ini. Berkongsi pentas pula dengan penyanyi-penyanyi hebat seperti Ungu, Khai Bahar, Nabila Razali dan ramai lagi.

“Dalam perancangan saya akan menyanyikan tiga buah lagu. Tetapi mungkin saya akan ‘belanja’ lebih bergantung pada keadaan,” katanya. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related