Terkawal, jangan terlalu risau dengan kes tembak di Sibu: Pesuruhjaya Polis Sarawak

Polis sedang berusaha keras menyiasat kes itu termasuk mengesan dari mana datangnya senjata api yang digunakan

6:28 PM MYT

 

KUCHING – Warga Sibu dinasihatkan untuk tidak terlalu risau dengan keselamatan mereka susulan kejadian dua lelaki melepaskan tembakan dan mencederakan tiga individu di bandar itu 1 Januari lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Beliau berkata polis sedang berusaha keras menyiasat kes itu termasuk mengesan dari mana datangnya senjata api yang digunakan.

“Tidak perlu risau, semua tindakan-tindakan yang padu (sedang dilakukan) untuk mengatasi perkara ini, keadaan keselamatan di Sibu dan juga di seluruh Sarawak masih terkawal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung kes terbabit supaya tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, dua suspek bertopi keledar dikatakan tiba di sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo, Sibu, menggunakan dua buah motosikal sebelum melepakan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan lelaki di premis itu sebelum melarikan diri.

Insiden itu telah menyebabkan seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian paha dan kaki kanan, manakala dua lagi rakannya masing-masing terkena tembakan pada bahagian-bahagian bahu kiri dan kanan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu juga diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mingat Bakil dengan menelefon 019-8867978 atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related