Peniaga kedai makan ”berhabis” beli tong air untuk buka kedai

Sebelum ini PBAPP mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan

12:30 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Seorang pemilik kedai nasi campur di Teluk Kumbar, dekat sini sanggup berhabis lebih RM1,000 untuk membeli tong menyimpan air bagi memastikan kedainya dapat beroperasi seperti biasa ketika gangguan bekalan air selama empat hari bermula 10 Jan nanti.

Rohana Aziz, 55, berkata beliau membuat persiapan awal bagi memastikan kedainya mempunyai bekalan air yang mencukupi supaya orang ramai yang terjejas air boleh membeli makanan di premis perniagaannya dan berjimat dengan penggunaan air di rumah mereka.

“Saya memang buat persiapan awal terutama sekali selepas gangguan bekalan air masa kebocoran paip di Sungai Perai (Butterworth) sebelum ini dan bermula dari situ, saya beli satu tong air yang besar yang mampu memuatkan kira-kira 1,500 liter air, empat tong yang boleh mengisi 500 liter air dan 10 tong berkapasiti 100 liter air.

“Sebenarnya semua simpanan air itu hanya cukup untuk sehari saja di kedai makan saya. Dalam tempoh gangguan bekalan air tersebut, kami memang merancang untuk mengambil sumber mata air di kawasan bukit yang terletak kira-kira empat kilometer dari kedai saya ni…di situ air memang bersih dan tidak berbau, kami terpaksa berusaha untuk dapatkan air,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, PBAPP mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan, bagi memberi laluan kerja-kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang.

Sementara itu, seorang suri rumah Rozita Ramli, 50, yang tinggal di Teluk Kumbar berkata selain menyimpan dalam tong air besar, beliau menggunakan alternatif menyimpan air dalam plastik sampah bagi memastikan bekalan air cukup di rumahnya sepanjang tempoh berkenaan.

Rozita berkata beliau terpaksa menyimpan dalam plastik sampah yang kemudiannya diletakkan dalam kotak atau bekas besar kerana bimbang gangguan bekalan air itu akan berlarutan kerana ketika paip bocor di Sungai Perai baru-baru ini kawasan rumah mereka hanya menerima bekalan air selepas empat hari sedangkan sepatutnya dua hari sahaja.

“Kawasan Teluk Kumbar ini selalunya lewat terima bekalan air jika berlaku gangguan (air) jadi saya ambil pendekatan membuat persiapan awal dan secukupnya, biar ada air lebih daripada tiada langsung.

“Hari itu kami terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan mandi dan sebagainya, jadi kali ini saya memang isi selagi boleh…itu yang saya gunakan plastik besar dan sekarang pun saya masih lagi mencari bekas-bekas yang boleh digunakan untuk simpan air, bukan apa saya takut air sampai lambat ke kawasan rumah kami,” katanya.

Kira-kira 200,000 pengguna di Barat Daya (bahagian pulau) dan Seberang Perai mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah pada 18 Dis lepas. – 4 Januari, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-tahun-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 tahun old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related