Sebenarnya banyak saya nak cakap, tapi… Yusry dan pelakon W: Two Worlds enggan ulas kontroversi babak cium

Yusry berkata, tindakan itu bagi menghormati permintaan Viu yang tidak mahu mereka memberikan sebarang komen

11:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon drama bersiri terbitan Viu Malaysia, W:Two Worlds mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut kontroversi babak bercium seperti yang pernah tular sebelum ini.

Pengarah drama yang diadaptasi dari Korea ini iaitu Datuk Yusry Abdul Halim berkata, dia menghargai segala teguran diberikan oleh penonton drama berkenaan.

Pengarah dan selebriti ternama, Datuk Yusry Abdul Halim. – Gambar Helmi Anuar, 4 Januari, 2024

“Kami berterima kasih di atas teguran yang diberikan oleh penonton dan akan lebih beringat di masa akan datang,” katanya ketika ditemui di ‘viewing party’ episod akhir drama tersebut.

Ditanya adakah babak cium berlapik yang dilakonkan oleh Daiyan Trisha dan Hun Haqeem itu sebenarnya menggunakan teknik kamera, Yusry berkata, dia tidak boleh mengulas lanjut.

“Sebenarnya saya ada banyak benda nak cakap. Tetapi kami menghormati permintaan Viu untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

Pendekatan sama turut diambil oleh Daiyan dan Hun di mana masing-masing juga enggan membuka mulut mengenai perkara itu.

Bercerita mengenai drama tersebut yang akan berakhir hari ini, kata Yusry jalan cerita di penghujung episode berbeza dengan versi Korea.

“Sebenarnya kita cuba ikut jalan cerita asal dari episod pertama hingga enam. Kemudian dari episod enam ke atas kita mula buat cara kita sendiri.

“Kenapa kami buat sebegitu kerana jika kita tiru sebiji-sebiji dari yang asal, nanti orang akan cakap baik tengok versi asal. Jadi kami buat perubahan agar peminat dapat tengok perbezaan yang diolah untuk versi Malaysia,” katanya.

Pelakon Daiyan Trisha turut mengambil kira maklum balas yang diberikan penonton kerana ia penting untuk maju dalam kerjaya seninya. – Gambar Helmi Anuar, 4 Januari, 2024

Sementara itu, bagi Daiyan pula dia berkata, sebagai pelakon semestinya dia tidak dapat lari dari dibandingkan dengan pelakon asal drama tersebut.

“Sejujurnya saya ada juga baca komen penonton menegani perkara ini tetapi saya ambil pendekatan untuk menerimanya dengan neutral.

“Paling penting bila saya bekerja adakah pengarah dan produksi gembira dengan hasil kerja saya. Adakah rakan pelakon gembira dengan kerja saya. Saya cuba jaga semua ini dan dengar maklum balas daripada orang dalam industri. Setakat ini maklum balas diterima sangat baik.

“Bukan bermaksud saya tidak ambil kira maklum balas orang luar, tetapi kadang-kadang kita tak tahu datang daripada mana. Kalau ada yang terima mahupun tidak dengan lakonan saya, saya okay sahaja,” katanya.

Selain Hun dan Daiyan, drama itu turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Tony Eusoff, Faizal Hussein, Elizabeth Tan dan ramai lagi. – 4 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related