Imam ditembak di luar masjid di New Jersey meninggal dunia

Hassan ditembak lebih dari sekali dalam kejadian di Masjid Muhammad-Newark kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan

9:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang imam, Hassan Sharif meninggal dunia selepas ditembak di luar masjid di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Hassan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 2.20 petang (waktu tempatan), beberapa jam selepas dia ditembak beberapa kali.

Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) menerusi satu kenyataan memaklumkan, Hassan bekerja sebagai pegawai keselamatan pengangkutan (TSO) di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty sejak 2006.

“Kami sangat sedih mengetahui pemergiannya dan mengucapkan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerjanya,” kata TSA.

Pada sidang akhbar petang semalam, Peguam Negara New Jersey, Matthew J Platkin berkata, “bukti yang dikumpul setakat ini tidak menunjukkan ia tindakan keganasan domestik.”

Katanya, pihak berkuasa berjanji untuk menggunakan semua sumber yang ada untuk menyelesaikan kes itu.

Tembakan berlaku di luar masjid Masjid Muhammad-Newark kira-kira jam 6 pagi, kata Keselamatan Awam Newark.

Terdahulu, polis memaklumkan Hassan yang dikejarkan ke sebuah hospital tempatan berada dalam keadaan kritikal susulan kecederaan dialaminya.

Hassan dilaporkan ditembak lebih daripada sekali. – Agensi

Topics

 

Hangat

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Related