Kon Yeow adalah pengerusi bukan eksekutif PBAP, jadi jangan berlagak seolah-olah tiada kaitan isu air, kata Gerakan

Laman web PBAPP yang menunjukkan selain Ketua Menteri Chow Kon Yeow, pemimpin kerajaan yang lain juga adalah Pengerusi Bukan Eksekutif PBAPP

3:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong menemplak Ketua Menteri dan beberapa barisan exco negeri itu kerana mendiamkan diri tatkala Pulau Pinang berdepan gangguan bekalan air hampir setiap hari di kawasan berbeza.

Tong Keong berkata, mereka turut berada di dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) tetapi mereka seolah-olah tidak mempunyai kaitan dengan isu tersebut.

Beliau merujuk kepada laman web PBAPP yang menunjukkan selain Ketua Menteri Chow Kon Yeow, pemimpin kerajaan yang lain juga adalah Pengerusi Bukan Eksekutif PBAPP.

Mereka adalah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Abdul Hamid; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Pengangkutan dan Digital Negeri, Zairil Khir Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung.

“Justeru kerajaan negeri perlu mengumumkan berapa elaun yang diterima oleh Kon Yew dan pengerusi bukan eksekutif lain supaya semua perkara dapat didedahkan,’’ katanya seperti yang dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh.

Pada Disember lalu, kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik di Pulau Pinang dijangka mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi 10 Januari hingga 6 pagi 14 Januari, bagi memberi laluan kerja-kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang.

Malah pada 31 Disember lalu, Pengerusi Cawangan Pulau Pinang Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), Datuk Seri Lee Teong Li berkata, kira-kira 1,000 kilang di Pulau Pinang bercadang menghentikan operasi semasa tempoh gangguan air dari 10 Januari hingga 14 Januari.

Beliau berkata, keputusan itu perlu diambil kerana kerajaan negeri tidak memberi jaminan yang jelas kepada kilang-kilang.

Tong Keong berkata demikian sebagai merujuk kepada desakan Ahli Parlimen Jelutong, Rayer yang menggesa pengarah bukan eksekutif PBAP, Datuk Sr Kuvenaraju yang didakwa menerima elaun bulanan ‘peranan khas’ sebanyak RM46,000 untuk berdepan dengan penduduk dan menjelaskan situasi yang berlaku di negeri itu.

Semalam, Kon Yeow berkata PBAPP akan menyewa 10 tangki tersebut yang mempunyai kapasiti 20,0000 hingga 30,000 liter, bertujuan untuk mengisi semula air dalam tangki statik yang diletakkan di tempat awam.

Beliau berkata PBAPP juga, menggunakan lapan tangki lori untuk dihantar ke hospital dan pusat dialisis yang terjejas di negeri itu, bagi memberi kemudahan kepada pusat tersebut sepanjang berdepan gangguan bekalan air. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related