Polis Johor rampas 5.08 tan dadah bernilai RM35.83 juta

Turut ditahan dalam operasi berkenaan 175 suspek berstatus orang dikendaki

1:14 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis Johor merampas 5.08 tan dadah bernilai RM35.83 juta dengan sitaan harta RM16.6 juta sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 16,598 orang ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan dadah, iaitu ketiga tertinggi di Malaysia.

Beliau berkata bagi kes penagih berulang, sebanyak 615 orang ditahan manakala 127 orang ditahan di bawah Tindakan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor berjaya membuat pertuduhan sebanyak 5,728 kes manakala bagi kadar penyelesaian kes pula sebanyak 12,947 kes. Sebanyak 16 sindiket pengedaran dadah ditumpaskan dengan 98 tangkapan.

“Bermula Januari 2023, Op Tapis Khas telah dijalankan di seluruh negeri dengan memberi fokus kepada kawasan hotspot seperti jeti nelayan, projek perumahan rakyat (PPR), lokasi penagih dan kawasan Felda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata Op Tapis berjaya menahan 1,478 orang atas pelbagai kesalahan dadah iaitu 191 kes bekalan, 293 kes memiliki dadah dan 994 penagih dadah.

Turut ditahan dalam operasi berkenaan 175 suspek berstatus orang dikendaki, katanya.

“JSJN Johor juga telah menyerbu sebanyak 1,423 kali pusat hiburan di seluruh negeri menerusi Op Pusat Hiburan membabitkan 15,243 orang diperiksa manakala 1,105 pula ditahan atas pelbagai kesalahan dadah,” katanya. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related