Isu babak panas: Amir Ahnaf mohon maaf, akan lebih berhati-hati pilih watak di masa hadapan

Membawakan watak Andak dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Amir akui watak itu sangat dekat dengan dirinya

7:50 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pelakon Amir Ahnaf tampil memohon maaf kerana menyedari salah satu babak panas yang dilakonkannya dalam drama bersiri, Syurga Itu Bukan Mudah telah mencetuskan kontroversi sehingga menyentuh sensitiviti penonton.

Menurut Amir, dia sebetulnya tidak tahu kandungan keseluruhan skrip drama itu kerana ia hanya diperolehi dalam masa seminggu sebelum penggambaran bermula dan pada waktu yang sama pihak produksi juga turut menukar banyak kali draf jalan ceritanya.

“Saya mohon maaf atas isu ini dan bila ia menjadi viral dan mencetuskan kontroversi, saya terpaksa terima ia seadanya dan ketika membaca skrip, saya berkata dalam hati: “Allah Farid, asal kau buat macam tuh”.

“Memang ketika itu, saya rasa berat hati dan pegang watak Farid nih. Tapi, hendak buat macam mana sebab saya dah tandatangani kontrak. Kalau saya hendak bersuara pun, saya orang baru.

“Insya-Allah, selepas ini saya akan lebih berhati-hati lagi di masa akan datang untuk melakonkan watak dan saya juga akan cuba berbincang dengan pihak produksi andai perkara seumpama ini berlaku.

“Tapi, babak kontroversi yang ditonton itu sebenarnya hanyalah helah syot kamera dan pihak produksi telah melakukan helah syot itu menampakkan ia seperti benar-benar berlaku.

“Sebenarnya di dalam kehidupan kita ini yang berada di satu aras, ada orang-orang kaya yang di atas sana yang bergelumang dengan dosa-dosa dan saya adalah seorang aktor yang hanya menjalankan tugas untuk memberikan ‘reality check’ kepada penonton.

“Sebab, dalam kehidupan mereka itu, memang berlaku suami yang memukul dan mendera isteri dan pada waktu yang sama berlaku curang,” katanya sewaktu ditemui di majlis tayangan perdana Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di GSC IOI Mall, di sini sebentar tadi.

Barisan pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bergambar sebelum majlis tayangan perdana di GSC IOI Mall, Putrajaya hari ini. – Abdul Razak Latif/Scoop, 2 Januari, 2024

Menurut Amir, dia sebetulnya sangat gembira dan bersyukur apabila diberi peluang untuk menjayakan watak Andak yang dalam filem ‘spin off’ kepada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

“Ini merupakan filem pertama saya dan saya rasa sangat seronok apabila dapat berkongsi ‘frame’ dengan barisan pelakon lain yang hebat dalam filem.

“Tapi, saya sebetulnya terima tawaran ini terlalu ‘last minute’. Tetapi, salah seorang pengarahnya iaitu Reza percayakan pada kemampuan saya untuk bawa watak Andak ini.

“Sebenarnya watak Andak ini amat dekat dengan diri saya kerana ia memerlukan saya untuk bersilat dan saya pula memang ada asas dalam silat dan pernah belajar seni silat Cemara Bugis.

“Seperkara lagi, watak Andak ini memerlukan saya untuk bertutur dalam loghat Terengganu dan kebetulan saya sendiri memang anak jati Terengganu,” katanya. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related