Pasukan penyelamat Jepun bergelut dengan masa untuk selamatkan mangsa gempa bumi: Kishida

Mereka juga melakukan kerja menyelamat dalam situasi berisiko kerana gegaran susulan kuat yang setakat ini

7:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, pasukan penyelamat negara berkenaan kini bergelut dengan masa untuk mencari mangsa terselamat ekoran gempa bumi kuat yang melanda Ishikawa, dalam kejadian semalam.

Katanya, pasukan itu juga terpaksa melakukan kerja menyelamat dalam situasi berisiko kerana gegaran susulan kuat yang setakat ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 48 penduduk terbunuh, puluhan cedera dan kemusnahan kediaman.

“Kita mesti menyelamatkan mereka secepat mungkin, terutama mereka yang terperangkap di bawah struktur yang runtuh,” katanya pada mesyuarat kecemasan bencana itu, hari ini seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa.

Susulan bencana itu, orang ramai dipindahkan ke dewan sukan, sekolah dan bangunan awam lain, manakala kereta api laju serta penerbangan masuk dan keluar dari rantau ini digantung hari ini.

Manakala, sebahagian lebuh raya utama masih ditutup dan bekalan air terputus akibat paip pecah di beberapa kawasan, menurut NHK.

Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh, puluhan cedera dan kemusnahan kediaman tidak terhitung ekoran gempa bumi yang melanda Jepun. – Media sosial, 2 Januari, 2024

Rangkaian telefon bimbit di rantau ini juga rosak tetapi perkhidmatan secara beransur-ansur dipulihkan.

Dalam gempa bumi melanda Jepun petang semalam dengan kekuatan 7.5 magnitud sempena tahun baharu, lebih 100 bangunan di bandar Wajima, iaitu bandar di wilayah Ishikawa yang dilaporkan terjejas teruk dilaporkan terbakar.

Malah, kebakaran berskala besar berlaku di bandar terbabit, dengan kebanyakan bangunan yang terbakar adalah struktur diperbuat daripada kedai kayu terletak di sepanjang Jalan Asaichi.

Bencana turut menggegarkan pantai barat Jepun itu, mencetuskan amaran tsunami dan perintah evakuasi di beberapa wilayah di negara berkenaan. – Gambar media sosial, 2 Januari, 2024

Bencana turut menggegarkan pantai barat Jepun itu, mencetuskan amaran tsunami dan perintah evakuasi di beberapa wilayah di negara berkenaan, malah ia adalah kali pertama amaran tsunami besar dikeluarkan sejak gempa bumi 2011 di timur laut Jepun.

Amaran tsunami besar dikeluarkan apabila dijangkakan tsunami setinggi tiga meter atau lebih akan melanda kawasan berkenaan.
Terdahulu, polis dan pihak berkuasa tempatan pada awal Selasa melaporkan mayat ditarik dari runtuhan bangunan runtuh, dengan mangsa lain masih terperangkap.

Seribu anggota tentera juga sudah dihantar ke kawasan paling teruk terjejas di Semenanjung Noto yang agak terpencil di negara berkenaan, tetapi operasi menyelamat berdepan kesukaran disebabkan jalan rosak teruk dan disekat.

Malah, sebuah daripada lapangan terbang di kawasan berkenaan terpaksa ditutup kerana keretakan landasan. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related